Memaparkan catatan dengan label Islamic site. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamic site. Papar semua catatan

Perkara membatalkan solat menurut mazhab syafie

Bermula tempat solat adalah apa yang disentuh ketika mengerjakan solat.( sujud,rukuk,berdiri ) , jika solat di tempat lapang letaklah sesuatu dihadapan sebagai tanda had tempat solat kita supaya org tidak melintas semasa kita solat.

Bermula yang membatalkan sembahyang adalah 21 perkara

1.Berkata dengan sengaja dengan dua huruf atau satu huruf yang dapat difahami.
- sekiranya makmum menegur imam ketika imam tersilap iaitu subhanallah ( niat zikir ) tidaklah batal. )
- berkata dalam keadaan terlupa tidaklah batal solatnya ( kurang 6 kalimah )
- berkata dengan sengaja disebabkan kejahilan tidaklah batal solatnya ( orang yang baru masuk islam )

2.Perbuatan yang banyak iaitu 3 kali berturut-turut
- Jika melangkah 3 kali berturut-turut walaupun terlupa sekali pun adalah batal solatnya
- Jika melangkah 1 atau 2  kali kemudian berhenti dan melangkah lagi tidaklah batal solatnya.

3. Keluar atau kedatangan hadas besar atau kecil

4.Berniat keluar dari solat

5.Terkena najis yang tidak dimaafkan di tempat solat, badan atau pakaian

6.Meninggalkan rukun solat dengan sengaja

7.



12.Berpaling dada dari kiblat dengan sengaja
- jika berpaling kerana terlupa dan hanya sekejap tidak batal solatnya

13.Memberi salam dengan sengaja iaitu bukan  pada tempatnya.

14. Terbuka aurat dengan sengaja
- tertiup oleh angin dan bersegera menutup tidaklah batal solat

15. Membuat perkara yang membatalkan puasa ( makan dan minum )

16. Menambah rukun fekli dengan sengaja

17. Berdehem atau tertawa atau menangis ( kuat ) atau berhembus dengan mulut atau hidung jika zahir 2 huruf
- menangis secara aliran airmata tidak batal solatnya

18. Memanjang rukun yang pendek dengan sengaja

19. Terlambat atau tercepat sebanyak 2 rukun fi'li dengan ketiadaan uzur.
- jika uzur tidaklah batal

20. iktikad solat fardu kepada solat sunat ( ubah niat )

21. Murtad


life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Cerita pasal santau

PBUY readers..Baru tadi tengok channel 9 slot Al-Kuliah..cerita pasal santau, siap buat demo oleh Ustaz Syarhan. Macamana boleh keluar paku, kaca dan pisau Gellete dari mulut dan dari lubang kemaluan tapi tidak berdarah setitik pun. Bahaya betul, ada 2 jenis santau. Santau angin dan Santau makan. Berhati2 lah ketika makan..huhu..beberapa tip dapat gak di salin dari program tu tadi. antaranya..Orang kena santau ni ada beberapa tanda secara ringkas :

1. Batuk berpanjangan
2. Batuk berdarah
3. Sentiasa lenguh sendi
4. Lebam dibawah mata
5. Mimpi di patuk ular
6. Mimpi menyusukan bayi
7. Mimpi di kejar binatang buas
8. Mimpi di tikam benda tajam
9. Kesan lebam setelah bangun tidur

Cara mencegah dari disantau

1. Selalu amalkan membaca Surah Al-Fatihah
2. Selalu amalkan membaca Ayat Kursi
3. selalu membaca Ayat ke-23 surah Al-Furqan
4. Membaca Bismillah hillazi la yadurru maasmihi shaiom filardhi wala fissamai' wahuwassami u'lla'lim


life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Buat mu seikhlas hati

Sebelum daku pergi
Renunglah aku seikhlas hati
Kerana mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi

         Anggaplah pandangan itu
         Mungkin yang terakhir bagimu...
         Dan tak usahlah kau bersedih hati
         Kerana semuanya ditangan ilahi

Banyak pengorbanan telah kau dan aku jalani
Namun tidak bemakna jika hanya dimata
Dari itu maafkan daku kiranya berlalu
Walaupun begitu,dalam hidupmu ada dia sebagai gantiku

         Inilah kenyataan untukku dan untuk mu
         Hujungnya tak seindah mimpi indah mu
         Tapi pelayaran hidup dunia kita pasti berakhir
         Merindui kan tetap di hatimu dan hatiku

Mudahnya berlalu pergi
Mengapa begitu, itu lah takdir dariNya
Terimalah pemergianku ini dengan redha
Janganlah dirintih dan jangan lah bersedih

Yang pasti kitakan bertemu lagi di alam yang tiada mati...... 

                                                                                                             from your D
life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Paling lawak la minggu ni..skrip dari jozan

PBUY readers..entry kali ni..aku salin balik kata-kata kumpulan jozan dalam maharaja lawak..kadang2 x bagus gak kita guna kalimah2 suci untuk buat lawak..tapi entah lah..aku pun agama pun berapa mendalam...mari kita baca skrip depa nih..

ZIZAN
Encik-encik...bukan saya yang buat encik,,,sumpah bukan saya buat encik..saya takkan curi tabung  masjid encik. Tengok muka saya macam ada muka pencuri ke encik. Saya takkan buat perkara-perkara macam tu encik..encik..encik.. saya pun tak pernah pergi masjid encik..maksud saya masjid tu first time saya pergi encik..sabar lah saya nak cerita ni encik..Yang curi tabung semuanya bermula daripada dia encik...Tak caye tanya edia encik.Dia curi encik..

JOHAN
Saya pulak..meeemmangg..memang saya ajak dia cik..saya ajak dia pergi sembahyang pergi masjid..tapi..kitorang sembahyang asar dah lambat..takder orang lah..Dia nak jadi imam cik..encik..nak cerita pasal imam...saya la imam..mana-mana masjid cari , saya imam cik..sampai kat kampung saya, org nak berkhatan pun cari saya tau..Apa ni encik$&^$#%$%^..ooo yang tu Tok Mudim ye..oo itu bukan keje saya cik..janganlah tolak-tolak cik....aaa lepas tu cik, dia imam, takpalah imam..saya duk belakang.. Takbirlah..( Allah huakbar.."sambil menunjukkan perbuatan solat, iaitu takbirratulihram" ..dia tunjuk sana.." sambil menyebut kalimah Allah" saya nampak tabung cik...saya cik, kalau derma-menderma ni cik..kalu wajib dah buat apalagi sunnat cik...encik tak caye cik tanya la dia..

ZIZAN
Tangan macam ni..ooo..aaahh!! jangan-jangan cik..ya..yaaaa.. saya ngaku tangan saya macam ni ( sambil menunjukkan kekanan semasa takbir ) ok..kan saya cakap tadi saya..saya first time datang masjid tukan..jadi saya..'mana kiblat masjid ni...jari menghala kekanan' jadi fikir mana kiblat,mana kiblat, mana kiblat..saappp...sana kiblat,ke sana kiblat..saya tengok cik..yang saya tengok sana kiblat cik..dia dah begini-gini dengan tabung cik...( mcm nak nak kuarkan duit tabung ) begini-begini takpa cik..yang begini-begini tu ..( julang tabung nak kuarkan duit )..apa benda cik..salah saya ke cik..salah saya ke cik..? Encik tanya dia , kenapa dia buat tabung tu begini cik ( sambil menunjukkan tabung digoncang atas kepala ).

JOHAN
OOoo..dia cakap saya buat gini-gini.( sambil menunjukkan tabung digoncang atas kepala ).. kepala otak-otak kempas la cik..eehhh tak..memang saya buat mcm gini-gini..( sambil menunjukkan tabung digoncang atas kepala ). ada tak dia cakap, saya buat gini-gini ( tunjuk cara goncang tabung kehadapan )..cik sebenarnya benda tu terletak cantik je cik..saya datang, saya masuk 50 ringgit...termasuk cik..bukan sengaja..termasuk cik..termasuk..saya tengok kat kotak tu..Derma ikhlas...cikk...saya punya ikhlas 30 ringgit je cik..bila dah masuk 50, saya dah jadi tak ikhlas dah cik....

BERSAMBUNG.....

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Pejuang berani syahid gugur osama bin laden

PBUY readers..Entry pasal salah satu pemimpin yang aku segani..Osama Bin Laden..Akhirnya pemburuan keatas beliau beakhir jua dengan mati shahid..rahmat keatas mu hendak-Nya. Walaupun OPS yang dijalankan pihak tentera omputih ni berjaya, akan ada lagi seorang seperti beliau akan lahir di bumi itu demi menegakkan panji2 Islam. Allah Maha Kaya dan Maha Pencipta..Tengok je lah apa tindakan pihak omputih ni lagi selepas osama dah meninggal..

Begitu banyak dugaan kau didunia, tapi semua itu telah kau jangkakan akan berlaku, nekad sikap mu adalah satu matlamat hidup, bertahan, kau bertahan, kau tidak menyerah...kau wira, kau wira _Al-Fatihah to Osama Bin Laden   Sajak diilhamkan sempena kematiannya dariku yang jauh dan kecil ini..
 


life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Kesalahan wanita dalam menutup aurat

PBUY reader..Entry yang kedua pada pagi yg sepi ni plak..Apa yang kita lihat dan nampak seharian dengan mata kepala kita sendiri dan kadang2 kita pun melakukannya. Bukan nak tunjuk alim dan banyak ilmu tapi ini asas dan tunjang bagi kita sebagai umat Islam. Jangan pandai nak cakap macam2 sedangkan yang asas ni pun belum lepas dan terlupa...sama2 la kita bentuk isteri, anak2 perempuan, adik perempuan dan awek kita....InsyaAllah..


Kesalahan 1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kesalahan 2 : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

Kesalahan 3 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

Kesalahan 4 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan- kawasan  mudah ‘menggoda’.

Kesalahan 5 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan 6 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

Kesalahan 7 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Kesalahan 8 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Kesalahan 9 : Bila ditanya mengapa tak pakai tudung..bukan ke aurat wanita tu..dengan selamba menjawab " Belum sampai seru "


life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Aurat

 PBUY reader..Entry kali ini pasal aurat. Menutup aurat itu adalah dengan sesuatu yang suci, tidak bernajis dan menegah dari nampak warna kulit.Secara ringkasnya..

1. Aurat lelaki 
Antara pusat dan lutut ( didalam sembahyang ) juga jika berhadapan sesama lelaki adalah antara pusat dan lutut. Jika dengan perempuan  yang mahram ( mak, adik, kakak, nenek ) juga antara pusat dan lutut. Tetapi jika dengan perempuan yang bukan mahram ( perempuan yang halal untuk dinikahi  seperti kakak ipar, abang ipar, awek ) adalah seluruh tubuh badan , dan jika seorang diri adalah perlu menutup kedua kemaluan sahaja.

2. Aurat perempuan
Seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan ( dalam sembahyang ), juga jika berhadapan dengan lelaki bukan mahramnya dan jika berhadapan dengan perempuan islam, mahramnya dan  juga bersendiri adalah antara pusat dan lututnya manakala jika dengan perempuan yang kafir adalah seperti pakaian bekerja.

Beberapa Firman Allah :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaianya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani”  Surah Al-Ahzab, ayat ke-59

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)`` Surah Al-A’raaf , ayat  ke-26)

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya” Surah Al-Nur, ayat ke-31 


Sumber Jakim mengatakan..


Hadith: 
 
Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.
 
Huraian Hadith: 
 
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama', wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.
 
life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Cara lupus Al Quran

PBUY reader .....  CARA terbaik adalah mengumpul bahan agama dan cebisan ayat al-Quran berkenaan dalam satu tempat untuk dibakar. Bagi memastikan pembakaran secara sempurna, bahan itu bolehlah dicarik menjadi helaian kecil dan barulah dibakar. Abunya bolehlah dihanyutkan ke sungai atau laut. Ia juga boleh ditanam di tempat yang tidak di langkah manusia.

Selain itu, ada juga usaha syarikat tertentu mengumpul bahan agama untuk proses pelupusan seperti Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang. Anda juga boleh menghubungi syarikat itu bagi tujuan pelupusan bahan agama berkenaan.

 ( sumber METRO soal jawab agama )

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Air Musyammas makruh digunakan

Air musyammas

 

PBUY reader....Air musyammas adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak. 

Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.
Read more ...

Air Mutanajis atau air yang bercampur najis

Air mutanajjis

 

PBUY reader...Air mutanajjis  adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah. Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.


Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis

  1. Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
  2. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
  3. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.


Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan

  1. Lalat
  2. Kumbang
  3. Kala
  4. Lipas
  5. Cicak
  6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.
Read more ...

Air yang suci tapi tidak boleh menyucikan atau Air musta'mal

Air musta'mal

 

PBUY reader...Air musta'mal adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.

Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.

Air yang berubah dan bercampur

 

Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara".

Berikut adalah cara air yang berubah:

  • Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
  • Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.


Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.

  • pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
  • pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
  • pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.



Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.
Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:


  • Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.

  • Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.
Read more ...

Jenis air yang suci atau air mutlak

Air mutlak

 

PBUY reader...Air mutlak adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:
  • air hujan
  • air laut
  • air sungai
  • air telaga atau perigi
  • air mata air
  • air yang dicairkan dari salji
  • air embun
Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.

Ukuran Dua Kolah

 

  • Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
  • Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
  • Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
  • Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.
Read more ...

Bersucilah dengan cara yang betul.

 PBUY reader...

Hukum bersuci

Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.

Ertinya Pada Bahasa


Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.

Ertinya Pada Syarak


Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.

Alat-alat yang sah untuk bersuci

  1. Air mutlak
  2. Tanah yang suci
  3. Batu yang suci
Read more ...

Pentingnya air dari sudut islam untuk bersuci

PBUY reader...Air adalah penting untuk kegunaan manusia. Begitu juga bagi agama Islam kerana meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian: 

1.Air yang suci lagi menyucikan, tidak makruh digunakan seperti air mutlak. 
( Air Mutlak )  

2.Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari.
( Air Musyammas )  


3.Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal iaitu air yang berubah dengan suatu yang suci.
( Air Musta'mal )  

4.Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis .
( Air Mutanajjis )
    Read more ...

    Keadaan seseorang ketika sampai ajal

    PBUY reader......Dari Al-Bara' bin 'Azib r.a katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. 

    Setelah itu Baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur", (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali; 

    kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa kain kapan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga, dan Hanut (Pachai iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. 

    Kemudian datang Malakulmaut a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Wahai jiwa yang baik! Keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang hendak mati dihadiri - saat naza'nya - oleh Malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang salih, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah". 

    Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu keluar - mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakul maut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya ditangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkannya di dalam kain kapan dan Hanut yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi." 

    Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang baik ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu' (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk mereka; kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. Setelah itu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu): "Simpanlah suratan amal hambaKu ini dalam 'illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi". 

    Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut; lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakal maut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Hai jiwa yang jahat! Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apabila orang itu orang jahat, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul maut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; Malakul maut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang jahat ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu," (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya. 

    Kemudian Rasulullah s.a.w membaca (ayat 40 Surah al-A'raf ertinya): "…..Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum…..". (Kemudian Baginda s.a.w bersabda): "Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat: "Simpanlah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke situ…….."
     
    Al-Bara' bin 'Azib r.a
    Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    Read more ...

    Suami dan Isteri

    PBUY reader ....LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI - Para isteri pun boleh baca cuma tukarkan sahaja perkataan Suami kepada Isteri..Bagus langkah yang diberi nih tapi kadang2 ada masa tergelincir juga...itu lah kelemahan kita..tak dapat buat semua, dapat ikut 5 langkah tu pun kira bagus dah .Lama-kelamaan jadi amalan kemudian tambah lagi 5 langkah..

    Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
    1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

    2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

    3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

    4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

    5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

    6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

    7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

    8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

    9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

    10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

    11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

    12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

    13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

    14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

    15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

    16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

    17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

    18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

    19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

    20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

    21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

    22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

    23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

    24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

    25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

    26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

    27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

    28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

    29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

    30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

    31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

    32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

    33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

    34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

    35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

    36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

    37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

    38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

    39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

    40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

    41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

    42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

    43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

    44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

    45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

    46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

    47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

    48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

    49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

    50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
    Read more ...

    Wanita - wanita terpilih menjadi Isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w

    Muka Depan
    PBUY ( reader )....Ini lah 10 orang senarai wanita-wanita terpilih yang telah menjadi isteri kepada Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad .s.a.w.  di dalam buku bertajuk Siti Aisyah r.a Isteri Kesayangan Nabi Muhammad s.a.w tulisan Sayyid Sulaiman An-Nadwi terbitan Pustaka Ilmi....Antara wanita-wanita terpilih ini adalah :-







     


    1. Siti Khadijah r.a
    2. Saudah r.a - Bernikah pada tahun ke-10 setelah kenabian Rasulullah s.aw.
    3. Hafshah r.a - Bernikah pada tahun ke-3 Hijrah.
    4. Ummu Salamah r.a -  Bernikah pada tahun ke-4 Hijrah
    5. Juwairiyah r.a - Bernikah pada tahun ke-5 Hijrah 
    6. Zaenab r.a - Bernikah pada tahun ke-5 Hijrah   
    7. Ummu Habibah r.a - Bernikah pada tahun ke-6 Hijrah
    8. Maimunah r.a - Bernikah pada tahun ke-7 Hijrah  
    9. Shafiyah r.a - Bernikah pada tahun ke-7 Hijrah

    10. Siti Aisyah r.a

          Beli dan bacalah kisah kehidupan Siti aisyah r.a sendiri untuk mengetahui kisah-kisahnya melalui kajian-kajian yang dimuatkan didalam buku  Siti Aisyah r.a Isteri Kesayangan Nabi Muhammad s.a.w
    Read more ...

    Tsunami di Jepun

    Tsunami melanda Utara Jepun  pada 10 MAC 2011 hari jumaat lebih kurang jam 1.46 sewaktu dengan ketika kita solat jumaat..gegaran 8.9 scala ritcher dibawah laut..kematian setakat ini 300 org..

    ADAKAH INI TANDA-TANDA HARI KIAMAT?







    Sememangnya ada hadis daripada Rasulullah SAW, yang mengaitkan hari kiamat dengan hari Jumaat. Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya “al-Muwatta” bahawa Rasulullah SAW bersabda (Maksudnya) ;
    “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.

    Satu hadis lain, daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda (yang bererti )  

    “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).

    Lihat lah kemusnahan yang mengambil masa yang singkat saje 
    Read more ...

    Membaca dan mendengarkan al-Quran

    
    Bukan baca seperti ini
    
    Tapi seperti ini
    
    Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

    Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

    Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

    Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

    Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
    Read more ...