Memaparkan catatan dengan label others. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label others. Papar semua catatan

Buat mu seikhlas hati

Sebelum daku pergi
Renunglah aku seikhlas hati
Kerana mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi

         Anggaplah pandangan itu
         Mungkin yang terakhir bagimu...
         Dan tak usahlah kau bersedih hati
         Kerana semuanya ditangan ilahi

Banyak pengorbanan telah kau dan aku jalani
Namun tidak bemakna jika hanya dimata
Dari itu maafkan daku kiranya berlalu
Walaupun begitu,dalam hidupmu ada dia sebagai gantiku

         Inilah kenyataan untukku dan untuk mu
         Hujungnya tak seindah mimpi indah mu
         Tapi pelayaran hidup dunia kita pasti berakhir
         Merindui kan tetap di hatimu dan hatiku

Mudahnya berlalu pergi
Mengapa begitu, itu lah takdir dariNya
Terimalah pemergianku ini dengan redha
Janganlah dirintih dan jangan lah bersedih

Yang pasti kitakan bertemu lagi di alam yang tiada mati...... 

                                                                                                             from your D
life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Paling lawak la minggu ni..skrip dari jozan

PBUY readers..entry kali ni..aku salin balik kata-kata kumpulan jozan dalam maharaja lawak..kadang2 x bagus gak kita guna kalimah2 suci untuk buat lawak..tapi entah lah..aku pun agama pun berapa mendalam...mari kita baca skrip depa nih..

ZIZAN
Encik-encik...bukan saya yang buat encik,,,sumpah bukan saya buat encik..saya takkan curi tabung  masjid encik. Tengok muka saya macam ada muka pencuri ke encik. Saya takkan buat perkara-perkara macam tu encik..encik..encik.. saya pun tak pernah pergi masjid encik..maksud saya masjid tu first time saya pergi encik..sabar lah saya nak cerita ni encik..Yang curi tabung semuanya bermula daripada dia encik...Tak caye tanya edia encik.Dia curi encik..

JOHAN
Saya pulak..meeemmangg..memang saya ajak dia cik..saya ajak dia pergi sembahyang pergi masjid..tapi..kitorang sembahyang asar dah lambat..takder orang lah..Dia nak jadi imam cik..encik..nak cerita pasal imam...saya la imam..mana-mana masjid cari , saya imam cik..sampai kat kampung saya, org nak berkhatan pun cari saya tau..Apa ni encik$&^$#%$%^..ooo yang tu Tok Mudim ye..oo itu bukan keje saya cik..janganlah tolak-tolak cik....aaa lepas tu cik, dia imam, takpalah imam..saya duk belakang.. Takbirlah..( Allah huakbar.."sambil menunjukkan perbuatan solat, iaitu takbirratulihram" ..dia tunjuk sana.." sambil menyebut kalimah Allah" saya nampak tabung cik...saya cik, kalau derma-menderma ni cik..kalu wajib dah buat apalagi sunnat cik...encik tak caye cik tanya la dia..

ZIZAN
Tangan macam ni..ooo..aaahh!! jangan-jangan cik..ya..yaaaa.. saya ngaku tangan saya macam ni ( sambil menunjukkan kekanan semasa takbir ) ok..kan saya cakap tadi saya..saya first time datang masjid tukan..jadi saya..'mana kiblat masjid ni...jari menghala kekanan' jadi fikir mana kiblat,mana kiblat, mana kiblat..saappp...sana kiblat,ke sana kiblat..saya tengok cik..yang saya tengok sana kiblat cik..dia dah begini-gini dengan tabung cik...( mcm nak nak kuarkan duit tabung ) begini-begini takpa cik..yang begini-begini tu ..( julang tabung nak kuarkan duit )..apa benda cik..salah saya ke cik..salah saya ke cik..? Encik tanya dia , kenapa dia buat tabung tu begini cik ( sambil menunjukkan tabung digoncang atas kepala ).

JOHAN
OOoo..dia cakap saya buat gini-gini.( sambil menunjukkan tabung digoncang atas kepala ).. kepala otak-otak kempas la cik..eehhh tak..memang saya buat mcm gini-gini..( sambil menunjukkan tabung digoncang atas kepala ). ada tak dia cakap, saya buat gini-gini ( tunjuk cara goncang tabung kehadapan )..cik sebenarnya benda tu terletak cantik je cik..saya datang, saya masuk 50 ringgit...termasuk cik..bukan sengaja..termasuk cik..termasuk..saya tengok kat kotak tu..Derma ikhlas...cikk...saya punya ikhlas 30 ringgit je cik..bila dah masuk 50, saya dah jadi tak ikhlas dah cik....

BERSAMBUNG.....

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Tak nak letak tajuk apa

PBUY readers.....Mencari tajuk buntu..x pernah terjadi, ini lah dia gara2 x puas hati dengan bos. ...Tuan naik pangkat sebab prestasi tuan yang meningkat dan dipandang oleh pihak atasan serta memberi komitment penuh dalam kerja tuan....tapikan tuan...prestasi meningkat itu adalah berpunca daripada kami ( klu salah betulkan ye )...itu adalah kami tuan...titik peluh kami tuan...hormat kami pada tuan...apalah salah klu tuan pandang kami sikit yang dibawah ni yang dikatakan punca dalam tindakan fizikal selaku barisan hadapan di medan pertempuran yang sebenar..pernah kami mengeluh ( penat la tuan,hari lain la kita buat keje...)..Tuan x pernah dengarkan...itu semua disebabkan kami hormat lagi pada tuan...bukan seorang tapi semua sahabat saya mengeluh dibelakang tanpa disedari oleh tuan mencurahkan idea,pengalaman dan berbagai lagi sebagai perbualan harian kami.

Keluhan kami" Kenapalah bos bertindak macam lah kami ni robot, perasaan dan akal fikiran..susah sangat atau jatuh maruah bos sekiranya idea-idea kami atau pandangan kami ni betul dan rasional?" bukankah menyumbang kepada satu sikap kerjasama yang erat dan muafakat. Kami memendam rasa tuan....samaada tuan nampak atau tidak kami bekerja dan memberi komitmen sepenuhnya dalam pekerjaan..sekali lagi tapi...Tuan kami ni manusia mcm tuan jugak...penat..letih...mcm tuan jugak...setakat ni apa yg saya rasa banyak point yang perlu di baiki dari segi tuan sebagai nakhoda kami....tuan berat sebelah...iaitu berat kepada kenaikan pangkat, kepercayaan kepada org atasan atau mungkin itu adalah objektif tuan dalam karier tuan...jangan la sampai ugut...mengurangkan budjet untuk buat kerja....dan cuba lah ucapkan tahniah atau jaga sikit kebajikan juga sudut kesihatan...apa aku merapu entah la...

sebenarnya entry ni di lakukan yang mana aku sudah masuk 2 hari tidak tido disebabkan kerja yang tuan arhkan..semua kerja berjaya walaupun tidak seperti bayangan tetapi tidak merugikan tuan..betul tak...ingin bersuara tapi tidak terkata..kerana kami cukup menjaga hati kami juga hati tuan...fikir2 la entry merapu aku kali ni...kite bakor je...

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

jem..jem..jem..paling aku x suka

PBUY readers...penat x ingat hari ni..drive balik ke K.L coz esok nak keje..anak aku awal2 dapat botol then terus tido sampai umah ..lebih kurang 4 jam duk dalam kete..manual plak tu...hujan lagi tu...sx der kawan sembang plak tu....start masuk karak dari LPT ..keluar je toll LPT terus kena susun tak ingat punya kete..wahhh..sampai tol bentong..kete tak putus..sampai je toll bentong..sambung lagi...sampai lah ke genting sempah..ok sikit...then terus ok sampai umah..moral of the story is jgn tido klu driver tak tido..klu tidak driver tido..baru korang tahu...maknanya...balik pagi-pagi le lain kali, tak pun balik keesokan harinya..tu pun kalau ada lagi cuti sambung mcm ni then lepas hari gaji..seronok..

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Cara mengenal telur tiruan

  PBUY reader...check la dulu makanan sebelum dimakan
  1. Apabila dipecah telur kuning akan bercampur dengan telur putih
  2. Kulit telur agak berkilauan
  3. Apabila disentuh ianya agak kasar
  4. Apabila di goncang ianya akan berbunyi seperti ada air
  5. Berbau seperti daging mentah
  6. Telur sebenar akan berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan
  7. Apabila digoreng telur putih akan mengembang tanpa disentuh


life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Sinopsis Filem Hikayat Merong Mahawangsa 2011

PBUY reader....Dah baca sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa? Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur
Publish Post
dan Barat.
Read more ...

Sejarah Gempa bumi terhebat

 Tarikh
Kawasan
Kekuatan (skala Richter)
Ulasan
11 Mac 2011
Sendai-Jepun
8.9 9.0
Gempa bumi tektonik disertai Tsunami mangakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun termasuk Tokyo mengalami rosak teruk dan paling ngeri dalam 140 Tahun.
13 Sep 2007
Sei-Penuh Jambi
7.7
Gempa bumi tektonik Ratusan Rumah penduduk rusak ringan sampai berat 4 orang tewas.
12 Sep 2007
Bengkulu
7.9
Gempa bumi tektonik 13 orang tewas dan sempat terjadi tsunami kecil
27 Mei 2006
Yogyakarta
6.2
Gempa bumi tektonik selama 57 saat yang meragut lebih dari 6500 nyawa.
26 Dis 2004
Aceh
8.9
Disertai oleh tsunami, ini merupakan gempa bumi yang paling kuat dalam dekad itu.
26 Dis 2003
Bam (Iran), barat daya Iran
6.5
Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
21 Mei 2002
utara Afghanistan
5.8
Menyebabkan lebih 1,000 orang mati.
26 Jan 2001
India
7.9
Menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada meletakkan angka korban seramai 13,000 orang.
21 Sep 1999
Taiwan
7.6
Menyebabkan 2,400 maut.
17 Ogo 1999
barat Turki
7.4
Meragut 17,000 nyawa.
25 Jan 1999
barat Colombia
6.0
Meragut 1,171 nyawa.
30 Mei 1998
utara Afghanistan dan Tajikistan
6.9
Menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh.
17 Jan 1995
Kobe, Jepun
7.2
Meragut 6,000 nyawa.
30 Sep 1993
Latur, India
6.0
Menyebabkan seramai 1,000 mati.
21 Jun 1990
barat laut Iran
7.3
Meragut 50,000 nyawa.
17 Dis 1988
barat laut Armenia
6.9
Menyebabkan 25,000 maut.
19 Sep 1985
Mexico Tengah
8.1
Meragut lebih 9,500 nyawa.
16 Sep 1978
timur laut Iran
7.7
Menyebabkan 25,000 maut.
28 Jul 1976
Tangshan, China
7.8
Menyebabkan 240,000 orang terbunuh.
4 Feb 1976
Guatemala
7.5
Menyebabkan 22,778 terbunuh.
29 Feb 1960
barat daya pesisiran pantai Atlantik di Maghribi
5.7
Menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan keseluruhan bandar Agadir.
26 Dis 1939
Wilayah Erzincan, Turki
7.9
Menyebabkan 33,000 orang maut.
24 Jan 1939
Chillan, Chile
8.3
Menyebabkan 28,000 maut.
31 Mei 1935
Quetta, India
7.5
Meragut 50,000 nyawa.
1 Sep 1923
Yokohama, Jepun
8.3
Meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa.

Sumber : Azzociated Press
Read more ...

Facebook : ( Betul ke dah nak tutup : )

Sungai Sarawak ~ naik perahu tu RM5
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.” mcm sedih je bunyi ayat tu..something is missing..ada betul jugak mamat ni ckp..banyak perubahan berlaku pd setiap individu dek kerana FB ni..termasuk la aku...Jadi tindakan awal ber BLOG je lah nampaknya...ada baik dan buruknya FB ni...boleh cari kwn2 lama, walaupun benar atau tidak benar berita yg di siarkan oleh weekly World News ni, satu lagi tindakan yg perlu aku ambil..minta no HP cepat2 kat kwn2 lama aku nih....huhu..chowwww..
Read more ...