Aurat

 PBUY reader..Entry kali ini pasal aurat. Menutup aurat itu adalah dengan sesuatu yang suci, tidak bernajis dan menegah dari nampak warna kulit.Secara ringkasnya..

1. Aurat lelaki 
Antara pusat dan lutut ( didalam sembahyang ) juga jika berhadapan sesama lelaki adalah antara pusat dan lutut. Jika dengan perempuan  yang mahram ( mak, adik, kakak, nenek ) juga antara pusat dan lutut. Tetapi jika dengan perempuan yang bukan mahram ( perempuan yang halal untuk dinikahi  seperti kakak ipar, abang ipar, awek ) adalah seluruh tubuh badan , dan jika seorang diri adalah perlu menutup kedua kemaluan sahaja.

2. Aurat perempuan
Seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan ( dalam sembahyang ), juga jika berhadapan dengan lelaki bukan mahramnya dan jika berhadapan dengan perempuan islam, mahramnya dan  juga bersendiri adalah antara pusat dan lututnya manakala jika dengan perempuan yang kafir adalah seperti pakaian bekerja.

Beberapa Firman Allah :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaianya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani”  Surah Al-Ahzab, ayat ke-59

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)`` Surah Al-A’raaf , ayat  ke-26)

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya” Surah Al-Nur, ayat ke-31 


Sumber Jakim mengatakan..


Hadith: 
 
Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.
 
Huraian Hadith: 
 
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama', wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.
 
life priced,do not fight,peace no war

Tiada ulasan:

Catat Ulasan