Memaparkan catatan dengan label CTU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CTU. Papar semua catatan

ULASAN ARTIKEL


ULASAN ARTIKEL

Sebagaimana moto warga kerajaan Berkhidmat Untuk Negara, kami para penjawat awam bersedia memberi khidmat yang terbaik buat rakyat melangkaui tugas hakiki. Selain memaksimumkan peranan penjawat awam kepada masyarakat, aktiviti sebegini juga mampu membentuk keperibadian unggul di kalangan warga penjawat awam. Program yang berkonsepkan hari terbuka perpustakaan itu menyelitkan aktiviti gotong-royong mengindah dan menghidupkan perpustakaan desa sedia ada. Selain itu, pertandingan mewarna dan mengarang karangan bertajuk, Perpustakaan Idamanku turut direncanakan bagi mewujudkan kecintaan kepada perpustakaan seawal usia. Dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penjawat awam dan penduduk kampung.

Konsep “Perpustakaan Rumah Keduaku”, mampu menjalankan peranan membantu kerajaan dalam menurunkan kadar jenayah dan gejala sosial, di samping menjadi pusat pertemuan serta pusat tumpuan masyarakat. Dengan harapan kewujudan perpustakaan awam akan digunakan sepenuhnya oleh seluruh masyarakat kerana perpustakaan itu memang dibina untuk rakyat dengan segala keperluan tersedia. Selain daripada itu dapat mewujudkan suasana ilmu di kalangan penduduk Kampung Bukit Bangkong, Sepang terutama kanak-kanak dan remaja. Dengan adanya perpusatakaan ini membolehkan mereka membuat rujukan dan percambahan pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu. Disamping itu juga akan mengurangkan aktiviti kurang sihat dikalangan pelajar sekolah dan belia khususnya.

Penyediaan kemudahan perpustakaan awam yang mencukupi adalah perlu bagi  mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca dan berilmu, sebagaimana dihasratkan oleh kerajaan. Perkhidmatan perpustakaan awam yang disediakan dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam negeri dengan kerjasama Kerajaan Tempatan. Dasar pelaksanaan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat adalah melalui penyediaan dan pembekalan pelbagai jenis sumber maklumat serta menggalakkan penggunaannya secara meluas.

Kewujudan perpustakaan mewujudkan integrasi minat membaca di kalangan masyarakat dan berlakunya proses menginstitusikan budaya membaca di dalam sistem pemerintahan negara. Menelusuri perkembangan perpustakaan sebagai institusi kecemerlangan umat, maka kita perlu memperkasa dan mempertingkatkan lagi fungsi perpustakaan sewajarnya di negara kita. Perpustakaan adalah khazanah dan aset negara yang amat berharga serta perlu diberikan pembelaan sepenuhnya. Di samping kewujudan Perpustakaan Negara Malaysia, kita memiliki perpustakaan awam hampir di setiap negeri termasuklah perpustakaan daerah, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak. Namun begitu, kebergantungan kepada institusi ini tidak cukup dan ini menuntut semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta perlu mewujudkan perpustakaan di premis masing-masing. Melalui kemudahan perpustakaan ini diharapkan dapat membantu usaha kerajaan membimbing dan membentuk masyarakat yang sihat dan bermaklumat.

Pusat dan agensi peranginan, hotel, pusat rekreasi dan percutian juga perlu menyediakan kemudahan perpustakaan kepada pelanggan mereka di samping bercuti, mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan di mana sahaja mereka berada serta pada bila-bila masa. Di samping itu kompleks beli belah, hipermarket seperti Tesco, Giant, Carrefour, Makro dan sebagainya juga digalakkan menyediakan kemudahan yang sama walaupun terdapat banyak kedai buku besar yang menyediakan kemudahan membaca dan merujuk buku secara percuma.

Pejabat-pejabat kerajaan, syarikat korporat, lapangan terbang, hendaklah menjadi contoh dan model penting menjadikan perpustakaan sebagai prasarana utama dalam proses pentadbiran dan pengurusan mereka. Dengan adanya perpustakaan kemudahan menyimpan pelbagai koleksi maklumat dan menyediakan perkhidmatan dapat dilakukan seperti buku, majalah, jurnal dan sebagainya. Gudang maklumat ini juga dapat menghimpun sumber bercetak, tidak bercetak dan elektronik untuk kegunaan syarikat dan rujukan orang ramai yang berminat terutamanya pelajar dan penyelidik.

Masjid dan surau juga wajar menyediakan kemudahan perpustakaan untuk kemudahan ahli jemaah dan kariah setempat. Tradisi Islam membuktikan perpustakaan telah memainkan peranan yang cukup penting dan merupakan pusat maklumat dan ilmu pengetahuan yang cukup berkesan. Buku, jurnal, majalah dan bahan ilmu lain tidak semestinya bersifat keagamaan semata-mata tetapi perlu dipelbagai merangkumi ekonomi, teknologi, pendidikan, sosial, sains dan sebagainya.

Perpustakaan mencerminkan keadaan tahap sosio ekonomi, sosial dan budaya serta taraf pendidikan negara dan masyarakat di Malaysia secara langsung. Negara dan masyarakat yang bertamadun dan memiliki budaya menghargai ilmu pengetahuan perlu menterjemahkannya kepada pembangunan perpustakaan dan sebagai permulaan, maka setiap dari kalangan kita perlu memiliki sekurang-kurang perpustakaan peribadi di rumah dan bilik pejabat masing-masing.
Dalam konteks Islam, semua orang Islam adalah bersaudara. Tanpa mengira etnik, warna kulit, pertuturan dan sebagainya. Apabila wujud konsep persaudaraan Islam dalam jiwa setiap muslim, maka akan lahir sifat ikhlas, belas kasihan dan sebagainya. Sifat persaudaraan tanpa mengira etnik dan warna kulit ini akhirnya menjadikan umat Islam satu kesatuan. Natijahnya umat Islam akan digeruni dan dihormati oleh semua pihak.
Apabila wujud persefahaman di antara anggota masyarakat,maka ia akan melahirkan konsep tolong-menolong dan bekerjasama dalam satu-satu aktiviti. Konsep bekerjasama dan tolong-menolong antara etnik bukan hanya menguntungkan satu etnik sahaja tetapi juga seluruh masyarakat.
Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum. Oleh itu, galakan kepada aktiviti seperti ini perlu diberikan dengan kerjasama rapat pihak kerajaan dan sektor swasta.


RUMUSAN
Program Perpustakaan Rumah Keduaku telah berjaya dilaksanakan dan mendapat banyak maklum balas yang positif daripada orang ramai. Mereka mengharapkan program seperti ini dapat diadakan setiap tahun bagi menggalakkan minat membaca di kalangan orang ramai dan menarik lebih ramai orang mengunjungi perpustakaan. Ilmu bukan sahaja berkaitan dengan buku, tetapi banyak cara untuk kita menyemarakkan lagi budaya ilmu ini dengan menyelitkan permainan dalam pencarian ilmu ini.




Read more ...

Malas Sembahyang ( Solat )

Kenapa Aku Malas Sembahyang

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "

Read more ...

PENGENALAN
Konsep Perpaduan dan Integrasi Nasional.........................................1

2. USAHA DAN STRATEGI YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

2.1Rukunegara….……………………………………………………………………………….… 3
2.2Wawasan 2020. ..………………… ……………………………………………………….. 4
2.3Dasar Ekonomi Baru…….…………………………………………………………………. 6
2.4Dasar Pembangunan Nasional….……………………………………………….…… 7
2.5Dasar Kebudayaan Kebangsaan.………………………………………………….….8
2.6Dasar Pendidikan Kebangsaan…….…………………………………………………. 9

3.BENTUK-BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA
3.1Halangan-halangan Yang Wujud…………………………………………………………16
3.1.1Dasar Pecah Perintah …………….……….........……………………………………. 16
3.1.2Pengasingan Sistem Pendidikan ………..…………...…………......…………...16
3.1.3Kemiskinan……………..…………………………....……………..........................17
3.2 Cara Mengatasinya…………………………………..........………………………………18
3.2.1 Kerajaan…………...……………………………………………...........………………… 18
3.2.2 Masyarakat…………………………………………………………………..........………19
3.2.3 Rumusan………………….....………………………………………………..........………19

5.REFERENCE..…………………..………………………………………………………......……….2








PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakatnya yang berbilang-bangsa dan majmuk dan terunggul dimana dunia.  Disebabkan masyarakat berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi  merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkah laku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini dapat di lihat melalui peristiwa 13 Mei 1969  yang  mengugat  keselamatan dan keharmonian negara.  Selepas tragedi ini, sedar bahawa perpaduan tidak dapat dicapai secara  semulajadi dan  telah  mengatur pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan  rakyat. Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun demikian,  perpaduan  dan integrasi  merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang  penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Dalam buku ‘Malaysia Kita’ integrasi nasional bermaksud proses penyatu padukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identity nasional. Disamping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama tidak menghilangkan identiti asas masing-masing.
 Sarjana tempatan Haji Ishak bin Saat dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia integrasi lebih merupakan penerapan ciri-ciri luar atau ciri-ciri budaya kaum lain ke dalam sesuatu budaya hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan budaya yang menerimanya.




2. USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN
Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, kerajaan telah melaksanakan  pelbagai langkah atau dasar sosial,ekonomi dan politik ke arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang, di antaranya ialah:

2.1 RUKUNEGARA
Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya. Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara  terperinci, objektif rukunegara diperkenalkan adalah  untuk mencapai perpaduan yang lebih erat  di kalangan masyarakat iaitu menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman. Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukunegara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatkan. Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.



2.2 WAWASAN 2020
Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas mantan PerdanaMenteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020 termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu  Bangsa Malaysia yang bersatu-padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Sebenar nya Wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Terdapat sembilan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai wawasan 2020. Antaranya ialah:
Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Cabaran kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
Cabaran Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.
Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Cabaran Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
Cabaran Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

2.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 hingga 1990 sebagai tindak balas  kepada peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang dikatakan terjadi kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Matlamat  tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Strategi ‘serampang dua mata’ diperkenalkan iaitu mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula guna tenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah. Antaranya ialah:

·         Mewujudkan peluang pekerjaan

·         Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

·         Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antarakawasan bandar dan luar bandar.

·         Memodenkan kehidupan di luar bandar 

·         Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra.

·         Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.

·         Meningkatkan kemudahan infrastruktur 

Pada pandangan saya, DEB perlu dipertahankan oleh kerajaan demi menjamin kaum bumiputera mendapat pembelaan yang sepatutnya. DEB adalah satu dasar yang masih releven dan harus dipertahankan, cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki agar bersesuaian dengan cabaran semasa. Melalui pegangan ekonomi yang kukuh, kaum bumiputera dapat bersaing dengan kaum lain. DEB perlu mensasarkan golongan peringkat bawahan seperti golongan petani dan nelayan agar turut merasai limpahan ekonomi negara. Bagi golongan atasan kaum bumiputera, mereka perlu bersaing secara adil bersama kaum bukan bumiputera bagi mendapat syer di dalam pasaran. DEB masih releven.

2.4 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir, Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan negara seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang bersatu-padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Salah satu daripada Dasar Pembangunan Nasional adalah menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak-seimbangan ekonomi berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

2.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Pengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai  integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

i.Kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepadakebudayaan penduduk asal atau asli atau peribumi negara ini.

ii.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan.
                     
iii.Islam akan menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan. Pada awalnya, komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada aspek-aspek kesenian dan pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataan-penyataan artistik dan simbolik (kesenian dan pakaian) tetapi bahasa serta norma dan nilai. Dari segi bahasa, dalam kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu / Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan secara meluas. Norma dan nilai pelbagai  etnik seperti Cina dan India diterapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh mewujudkan kesatuan dan kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain telah membolehkan wujudnya perpaduan serta integrasi nasional.
                               


2.6 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar adalah fundamental bagi sesuatu perkara. Namun apabila kita membicarakan tentang Dasar Pendidikan Malaysia, frasa dasar tidak lagi hanya membawa makna asas, tapak atau falsafah semata-mata. Sebaliknya, dasar di sini membawa makna yang lebih luas dan holistik. Hal-hal yang berkaitan dengan dasar yang lahir daripada Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran 1957 ini telah mengalami pelbagai revolusi dan penambahbaikan setelah melalui beberapa era pasca-merdeka. Cabaran atau tuntutan semasa yang semakin kompleks menyebabkan wujud respons dinamik pada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia.

3. BENTUK HALANGAN DAN CARA MENGATASINYA
3.1 Halangan Yang Wujud 

3.1.1 DASAR PECAH DAN PERINTAH

Sejak awal lagi, menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara mengekalkan institusi tradisional dan seboleh-bolehnya menggelakkan gangguan ke atas fungsi, struktur sosial dan cara hidup Bumiputera. Oleh itu penduduk Bumiputera tidak diberi peluang dalam perkembangan ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan kepada golongan imigran. Ini dibuktikan daripada pengimportan buruh asing untuk mengisi keperluan tenaga buruh.Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai  sistem `Pecah dan  Perintah’ (Divide and Rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk  `melemahkan’ Bumiputera dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing – masing dan tidak digalakkan berhubung secara  langsung dengan kaum Bumiputera. Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam per kembangan perusahaan bijih, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah negara.

Kesan pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris pada zaman sebelum merdeka.
i.Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih.
ii.Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan penduduk Bumiputera.
iii.Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.
iv.Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.
v.Dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpah menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku.
vi.Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang menyebabkan  penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha ladang asing.
vii.Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang pelajaran.
                           


3.1.2 PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN

Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan etnik kerana beberapa sebab yang telah dikenal pasti iaitu satu agen pembekuan yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu ilmu. Kesan negatifnya pula dapat dilihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman pemerintahan British, masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunan ekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan dalam arus pendidikan.
Pada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau menegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolonial ini terus dikekalkan. Ketiga -tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Walau bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan India sahaja dan mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa.Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa pengantar yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Natijahnya, telah mewujudkan kompenan-kompenan masyarakat yang “ berasingan tapi berdampingan”. Tambahan juga kemunculan “ kota-kota kolonial” ini yang menerapkan kepentingan sesuatu kaum tertentu.Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah diantara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana orang Inggeris menganggap orang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian kerana sebilangan besar orang Cina bergiat di bidang-bidang tersebut pada zaman kolonial. Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai  di Tanah Melayu.Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh kanak-kanak di England.Sekolah Melayu menitik beratkan kemahiran membaca, menulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina dan India mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India,bahkan untuk sekolah Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-guru yang terlatih diTanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari semakin menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1963.

3.1.3 KEMISKINAN
Kemiskinan merupakan salah satu halangan untuk mencapai perpaduan.Kadar kemiskinan di kalangan penduduk pada zaman penjajahan adalah tinggi kerana fungsi ekonomi yang berbeza. Terdapat jurang perbezaan pendapatan yang ketara di antara penduduk di bandar dan di luar bandar. Kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya masalah sosial di kalangan rakyat. Keadaan  ini telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah perpaduan dan seterusnya gagal mencapai integrasi nasional.

3.2 CARA MENGATASINYA

3.2.1 KERAJAAN
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir  kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Kerajaan menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.


Strategi Pelaksanaan
Dasar Pembangunan Negara (DPN) akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
(i)  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
 
(ii)  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;
 

(iii)  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
 
(iv)  Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak seimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;
 
(v)  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;
   
(vi)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat

  

(vii)  Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan
 
(viii)  Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam  melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

3.2.2 MASYARAKAT

KONSEP  GAGASAN 1 MALAYSIA
Matlamat 1 Malaysia adalah melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang terdiri daripada  pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar dalam satu negara bangsa  Malaysia, malah  berfikir dan bertindak ke arah mencapai perpaduan yang jati antara berbilang kaum. Gagasan 1Malaysia berhasrat mewujudkan sebuah kerajaan yang berpaksikan  kepada  hasrat ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Gagasan 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan kelainan yang wujud dikalangan rakyat sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain, mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malah, bersedia hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati nilai-nilai dan kepercayaan  kaum yang lain. Ringkasnya, rakyat Malaysia sedia hidup sebagai satu ‘keluarga besar’ dalam satu negara hak milik bersama.
Sesungguhnya, Gagasan 1 Malaysia lebih bertekad memfokuskan kepada aspek psikologi atau jiwa rakyat  Malaysia dalam menerima dan menerap nilai-nilai murni seperti kekitaan, memikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia, malah mengapuskan pemikiran yang bersandarkan satu kaum atau etnik tertentu di kalangan rakyat. Ini mendorong rakyat lebih mementingkan kepentingan negara dalam perjuangan masing-masing daripada memenuhi kepentingan dan keperluan sesuatu kaum tertentu yang tidak terhad. 
NILAI-NILAI YANG DIMAJUKAN DALAM  GAGASAN 1MALAYSIA
Gagasan 1 Malaysia adalah pemangkin kepada kelahiran sebuah  negara bangsa yang mementingkan sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Malah perlu memahami dan menghayati lapan nilai yang digolongkan dalam nilai teras 1Malaysia, iaitu  budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi. Sesungguhnya, semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat jati  Malaysia di mana segala hasil pembangunan perlu dinikmati secara bersama. Rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia sebagai negara ibunda atau negara kita bersama, di mana tidak ada satu kumpulan kaum atau masyarakat yang merasa mereka terpinggir daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Gagasan 1 Malaysia mendukung prinsip keadilan sosial untuk semua kaum. Ini bermakna, nasib dan kepentingan semua kaum akan terbela agar  mana-mana kaum atau kumpulan masyarakat pun meresa mereka dipinggirkan. Malah, kaum dan  golongan masyarakat yang memerlukan bantuan kerajaan akan diberikan keutamaan dalam menerima bantuan yang sewajarnya. Dengan itu, Gagasan 1 Malaysia menegaskan bahawa tidak siapapun rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat kelas 2 atau dipinggirkan dalam arus pembangunan perdana negara ini. Malah setiap kaum, bumiputra ataupun bukan bumiputra, yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan taraf  dan kualiti hidup masing-masing akan dibantu oleh kerajaan.

PERANAN KAUM MASING-MASING DALAM MENJAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIA
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina negara bangsa, semua kaum perlu berusaha memperkasakan Gagasan 1Malaysia dengan menumpukan perhatian kepada penerapan nilai-nilai murni dan  teras 1 Malaysia sebagai amalan hidup mereka.Pertubuhan-pertubahan yang mewakili kepentingan kaum masing-masing boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti ( contoh: menubuhkan Kelab 1 Malaysia-Rukun Negara di kawasan masing-masing) dalam menyemarak dan melestarikan 1Malaysia dan Falsafah Rukunegara.
Penghayatan semangat  Rukun Negara  perlu diteruskan dikalangan rakyat Malaysia. Kupasan prinsip-prinsip   Rukun Negara melalui pelbagai aktiviti sosial harus diteruskan supaya rakyat dapat menerapkan semangat kenegaraan, bersama-sama dengan teras-teras 1Malaysia. Usaha ini  diharapkan  akan melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik serta cintakan negara.
Lima prinsip penting yang terdapat dalam Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969  iaitu Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang  dan Kesopanan dan Kesusilaan  tidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya terkandung semangat yang berupaya menerapkan nilai murni ke arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya.

RUMUSAN
Sebagai kesimpulan dasar pembangunan ekonomi dan sosial  telah digunakan dalam usaha  membina negar Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud adalah asas kepada negara untuk lebih maju lagi. Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad akan terus memacu kemajuan negara setanding negara-negara Barat.
Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan,etnik, agama  malah kefahaman politik harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial  dan nilai-nilai aspirasi  seperti  budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi,  yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan sejahtera dipersada dunia.  








5. REFERENCE

Model Hubungan Etnik, UPENA, Shamsul Amri Bharudin
Malaysia Kita,Institut Tadbiran Awam Negara, 1991.
Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Ishak bin Saat, 2005.Karisma Publications Sdn Bhd
Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Tengku Anuar, 1990 :Nurin Enterprise.

Bahan dari Internet
Bunn Nagara (2005).Melihat Wawasan 2020 dengan Jelas. (Online).http://www.malaysia-today.net-0404
My Wawasan 2020. (Online).http://www.groups.msn.com.htm
Jabatan Penerangan Malaysia (Online) Konsep Gagasan 1 Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/


Read more ...

Bab 8 CTU



BAB 8
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:

7.1 PENBGENALAN

7.2 ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM
  1. Berkenal-kenalan (ta’ruf)
    • Allah cipta manusia dalam pelbagai bangsa, warna kulit dan sebagainya
    • Perbezaan sifat tersebut janganlah dijadikan halangan untuk hidup bermasyarakat dan kenal mengenali antara satu samalain, tetapi ia seharusnya dijadikan tarikan untuk berhubung antara satu samalain
إِنَّ الَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصْوَاتَهُمْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ أُولَئِكَ الَّذِينَ امْتَحَنَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوَى لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ
 [49:3] Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. (Hujurat : 3)

    • Kenal mengenali di sini bukan hanya bermaksud mengenali nama sahaja tetapi lebih daripada itu iaitu mengenali latar belakang keluarga, keturunan, budaya, adat, tradisi seseorang individu dan sesebuah bangsa.
    • Dengan wujudnya budaya kenal mengenali ini maka secara tidak langsung akan mengelakkan perkelahian antara individu, etnik dan juga bangsa.
  1. Faham memahami (Tafahum)
§  Apabila satu-satu etnik mengenali budaya, adat, tradisi etnik lain, maka akan lahir sifat untuk memahami budaya etnik tersebut secara lebih dekat. Umpamanya kenapa orang Islam Islam melaungkan azan setiap kali sebelum solat, kenapa orang Hindu bawa kavadi dan sebagainya.
§  Apabila seseorang memahami budaya etnik lain, maka mereka tidak akan menentangnya kerana sedar ia adalah tuntutan agama, masyarakat dan sebagainya.
§  Dengan itu akan melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu samalain.
  1. Bekerjasama (Ta’awun)
§  Apabila wujud persefahaman di antara anggota masyarakat, maka ia akan melahirkan konsep tolong-menolong dan bekerjasama dalam satu-satu aktiviti.
§  Konsep tolong-menolong di sini bukan hanya terhad kepada pertolongan berbentuk tenaga sahaja, tetapi melewati pertolongan kewangan, buah fikiran dan sebagainya.
§  Konsep bekerjasama dan tolong-menolong antara etnik bukan hanya menguntungkan satu etnik sahaja tetapi juga seluruh masyarakat. Umpamanya berkerjasama dalam mencegah jenayah, membina kekuatan ekonomi, politik dan kemajuan negara itu sendiri.
  1. Persaudaraan (Ukhwah)
§  Dalam konteks Islam, semua orang Islam adalah bersaudara. Tanpa mengira etnik, warna kulit, pertuturan dan sebagainya.
§  Apabila wujud konsep persaudaraan Islam dalam jiwa setiap muslim, maka akan lahir sifat ikhlas, belas kasihan dan sebagainya. Selanjutnya ia tidak akan menyebabkan seseorang itu melakukan perkara yang tidak baik kepada saudara seislamnya
§  Sifat persaudaraan tanpa mengira etnik dan warna kulit ini akhirnya menjadikan umat Islam satu kesatuan. Natijahnya umat Islam akan digeruni dan dihormati oleh musuh.
  1. Kasih Sayang (Mahabbah)
§  Apabila seseorang itu memahmi konsep persaudaraan Islam maka akan lahir sifat kasih mengasihi antara satu samalain.
§  Dengan kasih sayang seseorang akan menyebabkan seseorang rasa tidak tenang apabila melihat saudaranya berada dalam kesusahan. Ia merasakan bahawa ia berkewajipan untuk membantu meringankan kesusahan saudara seislamnya
§  Dalam Islam konsep kasih sayang ini tidak terhad kepada sesama Islam sahaja, tetapi melewati batasan etnik dan warna kulit.
§  Kasih sayang yang mendalam tehadap anggota masyarakat dan umat akan membawa kedamaian hidup dalam sesebuah masyarakat  dan negara.
  1. Jamin menjamin (Tadhamun)
§  Kasih sayang antara anggota masyarakat akan melahirkan sifat jamin menjamin dari sudut ekonomi, sosial, hak asasi manusia dan juga perundangan.
§  Ekonomi : Seseorang muslim akan memberi nafkah, infak, zakat, sedekah, waqf dan sebagainya untuk menjamin golongan kurang bernasib baik mendapat pembelaan dan hidup yang lebih sempurna.
§  Perundangan : Undang-undang Islam memberi jaminan bahawa setiap orang, termasuk orang bukan Islam akan dibela dan di jamin keselamatan jiwa, harta, akal dan agama masing-masing.
8.3  Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Islam
       Kemesraan  komunikasi
       Budaya ziarah menziarah
       Hormat- menghormati
       Bersama dalam membuat keputusan
8.3 Keperluan mewujudkan hubungan etnik
§  Fitrah kemanusiaan
§  Tuntutan keagamaan
§  Memenuhi keperluan hidup
§  Elak dari bergantung dengan kuasa luar


Read more ...

Bab 7 CTU


BAB 7
CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:

7.1 PENGENALAN
  • Usia lima puluh tahun kemerdekaan banyak mengajar negara mengenai erti perpaduan, integrasi dan cabaran hubungan etnik.
  • Di sepanjang usia tersebut negara telah menempuh pelbagai pengalaman dalam mewujudkan hubungan antara etnik, ada yang manis dan tidak kurang yang pahit disebabkan kepelbagai budaya, agama, adat dan budaya
7.2  Bentuk-Bentuk Cabaran Hubungan Etnik
  1. Cabaran dari segi Politik:
    • Sistem politik di Malaysia adalah sistem politik berbentuk keetnikan / perkauman.
    • Walaupun bernaung di bawah satu payung (BN), namun terdapat parti politik yang berjuang menjaga ekonomi, pendidikan, agama, hak dan masa depan etnik mereka sahaja
    • Sistem  politik perkauman ini telah menyebabkan sentimen dan semangat perkauman semakin menebal dari masa ke semasa.
    • Kecenderungan ini sedikit sebanyak mengganggu usaha kerajaan untuk mewujudkan integrasi etnik
  2. Cabaran Sosial.
                                 i.            Pemisahan penempatan
»      Ia akibat sistem ‘pecah dan perintah’ British, faktor geografi i.e antara Sabah, Sarawakdengan semenanjung.
»      Akibatnya tidak interaksi dan komunikasi, tebalnya semangat kekitaan, etnosentrisme dsb.
                               ii.            Pengasingan sistem pendidikan
»      Akibat pemisahan sistem pendidikan yang diamalkan British yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
»      Akibatnya interaksi hanya dalam satu-satu etnik sahaja. Mereka tidak memahami budaya lain selain budaya dan adat mereka sahaja.
  1. Cabaran ekonomi.
      • Perbezaan pekerjaan
      • Orang Melayu disektor pertanian, bukan Melayu disektor perniagaan dan pekerjaan berteknologi tinggi
      • Perbezaan pekerjaan telah menghalang interaksi antara etnik di bidang ekonomi.
      • Dominasi sektor ekonomi
      • Perbezaan sektor ekonomi akan membawa kepada jurang pendapatan dan jurang miskin-kaya. Ini membawa kepada ketidakstabilan politik negara.
      • Pengaruh ekonomi bebas. Pengaruh ekonomi bebas ini akan membawa satu-satu etnik tidak mementingkan interaksi dengan etnik lain. Apa yang penting ialah mendapat keuntungan hasil dari aktiviti ekonomi mereka.

  1. Cabaran dari aspek kepentingan nilai.
§  Masyarakat Malaysia mempunyai nilai agama, budaya, bahasa masing-masing
§  Setiap etnik akan mengutamakan nilai agama, budaya, bahasa dan kaum kerabat masing-masing. Ini akan membawa kepada polarisasi etnik di Malaysia
§  Pengaruh S&T yang mampu memusnahkan nilai kemanusiaan, keluarga, masyarakat dan negara

  1. Cabaran Globalisasi (Pengaruh ideologi barat)
§  Barat ekspot budaya hedonisme yang negatif ke Negara timur. Ianya akan merosakkan nilai ketimuran yang luhur dan sebagai gantinya nilai dan pemikiran moden barat.
§  Ia adalah sebahagian dari penjajahan bentuk baru iaitu penjajahan budaya dan pemikiran masyarakat di negara dunia ketiga.
§  Penjajahan bentuk ini akan menghalang pembinaan jatiditi dan tamadun bangsa Malaysia.
§  Sekiranya ia tidak dikawal maka akan menjerumuskan satu-satu etnik kepada semangat perkauman dan prasangka buruk terhadap etnik lain.
7.3  Implikasi Hubungan Etnik Di Malaysia
  1. Hubungan etnik di Malaysia mengalami pasang surut.
    • Sebelum PDII hubungan adalah baik, kemudiannya berubah menjadi longgar semasa PDII dimana terdapat etnik yg memberi sokongan kepada pendudukan Jepun di T.Melayu.
    • Hubungan tersebut kembali kukuh di era kemerdekaan kerana British meletakkan syarat semua etnik mesti bersatu sekiranya mahu merdeka. Kemudian kembali longgar ketika peristiwa 13 Mei 1969.
    • Kini secara umumnya hubungan adalah baik disebabkan pelbagai program anjuran kerajaan i.e Rukun Negara, Rukun Tetangga dsb.
  2. Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969.
    • Berlaku kerosakan harta benda.
      1. Ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak, menang jadi arang, kalah jadi abu.
      2. Kerosakan harta benda dan korban jiwa yang banyak i.e di Selangor 196 orang mati dan 493 cedera.
    • Peristiharan perintah berkurung.
      1. Menyekat kebebasan bergerak, berinteraksi, beraktiviti dll.
      2. Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung.
      3. Pilihanraya S&S digantung.
  3. Jangan mencabar perlembangaan i.e kedudukan Orang Melayu
    • etnik bukan Melayu jangan mencabar peruntukan yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan i.e jangan mencabar Orang Melayu kerana mereka akan menentang habis-habisan.
    • Pembahgian kekayaan negara atau ekonomi negara perlu mengambil kira etnik di Malaysia kerana ketidakseimbangan ekonomilah menyebabkan tercetusnya 13 Mei 1969.
7.4  Pembinaan Masyarakat Malaysia
  • Faktor kejayaan pembinaan masyarakat Malaysia
    1. Political Will (Keazaman politik) : Para pemim pin berazam  untuk mewujudkan hubungan etnik di pringkat negara.
    2. Critical Mass : Mewujudkan badan untuk merealisasikan niat diatas i.e Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institut kajian dan Latihan Integrasi Nasional dsb.
    3. Kekukuhan Ekonomi : Usaha mengukuhkan ekonomi setiap bangsa, bukannya hanya pada etnik tertentu sahaja.
    4. Hubungan etnik dan  integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk survival manusia dipenuhi.
    5. Perkongsian wawasan : Mempunyai wawasan bersama untuk terus maju dan berintegrasi i.e Wawasan 2020.
    6. Penggunaan S&T : IT dan ICT digunakan sepenuhnya untuk   menghubungkan etnik pelbagai di Malaysia i.e penggunaan S&T untuk menghubungkan etnik Semenanjung dengan S&S.
    7. Menerima perbezaan antara agama
7.5  Kaedah penyelesaian Hubungan Etnik
  1. Jadikan Islam sebagai rujukan
    • Menjadikan Sahifah Madinah sebagai panduan di dalam mengintegrasikan penduduk yg beragama Islam dengan bukan Islam
    • Pengintegrasian tersebut  jelas menunjukkan ianya dibuat dengan adil di mana Orang Yahudi dan bukan Islam dipertahankan oleh perlembagaan iaitu:
§  Orang Yahudi Madinah diktiraf oleh perlembagaan dan mereka perlu sama-sama mempertahankan kotaMadinah
  1. Tekankan Pembinaan Jati Diri Malaysia
§  Definisi jati diri : gambaran atau dari segi identiti bangsa, semangat kebangsaan, keperibadian, kewarganegaraan dan semangat patriotisme yang ada pada seseorang.
§  Jati diri Malaysiabermakna seseorang yang mempunyai identiti bangsa, semangat kebangsaan, keperibadian, kewarganegaraan dan semangat patriotisme Malaysia.
§  Jati diri Malaysiamampu dicapai kerana kita adalah negara merdeka dan berdaulat, dimana semua perkara yang terkandung dalam perlembagaan Malaysiaadalah untuk membawa kepada kewujudan jati diri Malaysia.
§  Elemen yang perlu diambil kira dalam pembinaan jati diri adalah:
»      Islam sebagai agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan
»      Keturunan Melayu yang dominan, di mana Orang Melayu mendominasi politik dan pemerintahan.
»      Dominasi ekonomi oleh orang Cina.
»      Minoriti India, Kadazan dll
Acuan Jatidiri Malaysia
§  Setiap negara ada acuan pembinaan jati diri masing-masing, contohnya Amerika ‘salad bowl’, Indonesia ‘pancasila’ Singapura ‘sosio-engineering’.
§  Perkara yang perlu diteliti dalam bidang pembinaan Jati diri acuan Malaysia:
»      Kesedaran : iaitu kesedaran, kemahuan dan mempunyai ilmu bagaimana untuk bersatu.
»      Menangani perbezaan : Tahu apakah perbezaan yang boleh kita raikan / terima dan apakah pula yang tidak boleh diraikan i.e soal sekedudukan apakah boleh kita raikan, perbezaan cara pakaian apakah boleh kita raikan ?
»      Kerjasama : Kerajasama antara etnik dalam badan-badan amal, kelab dsb.
»      Sistem pelaksanaan dan pemantauan : Perlunya ada agensi pelaksanaan dan pemantauan dari pelbagai pihak umpamanya kerajaan.

Read more ...