PENGENALAN
Konsep Perpaduan dan Integrasi Nasional.........................................1

2. USAHA DAN STRATEGI YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

2.1Rukunegara….……………………………………………………………………………….… 3
2.2Wawasan 2020. ..………………… ……………………………………………………….. 4
2.3Dasar Ekonomi Baru…….…………………………………………………………………. 6
2.4Dasar Pembangunan Nasional….……………………………………………….…… 7
2.5Dasar Kebudayaan Kebangsaan.………………………………………………….….8
2.6Dasar Pendidikan Kebangsaan…….…………………………………………………. 9

3.BENTUK-BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA
3.1Halangan-halangan Yang Wujud…………………………………………………………16
3.1.1Dasar Pecah Perintah …………….……….........……………………………………. 16
3.1.2Pengasingan Sistem Pendidikan ………..…………...…………......…………...16
3.1.3Kemiskinan……………..…………………………....……………..........................17
3.2 Cara Mengatasinya…………………………………..........………………………………18
3.2.1 Kerajaan…………...……………………………………………...........………………… 18
3.2.2 Masyarakat…………………………………………………………………..........………19
3.2.3 Rumusan………………….....………………………………………………..........………19

5.REFERENCE..…………………..………………………………………………………......……….2








PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakatnya yang berbilang-bangsa dan majmuk dan terunggul dimana dunia.  Disebabkan masyarakat berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi  merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkah laku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini dapat di lihat melalui peristiwa 13 Mei 1969  yang  mengugat  keselamatan dan keharmonian negara.  Selepas tragedi ini, sedar bahawa perpaduan tidak dapat dicapai secara  semulajadi dan  telah  mengatur pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan  rakyat. Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun demikian,  perpaduan  dan integrasi  merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang  penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Dalam buku ‘Malaysia Kita’ integrasi nasional bermaksud proses penyatu padukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identity nasional. Disamping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama tidak menghilangkan identiti asas masing-masing.
 Sarjana tempatan Haji Ishak bin Saat dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia integrasi lebih merupakan penerapan ciri-ciri luar atau ciri-ciri budaya kaum lain ke dalam sesuatu budaya hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan budaya yang menerimanya.




2. USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN
Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, kerajaan telah melaksanakan  pelbagai langkah atau dasar sosial,ekonomi dan politik ke arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang, di antaranya ialah:

2.1 RUKUNEGARA
Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya. Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara  terperinci, objektif rukunegara diperkenalkan adalah  untuk mencapai perpaduan yang lebih erat  di kalangan masyarakat iaitu menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman. Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukunegara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatkan. Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.



2.2 WAWASAN 2020
Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas mantan PerdanaMenteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020 termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu  Bangsa Malaysia yang bersatu-padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Sebenar nya Wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Terdapat sembilan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai wawasan 2020. Antaranya ialah:
Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Cabaran kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
Cabaran Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.
Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Cabaran Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
Cabaran Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

2.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 hingga 1990 sebagai tindak balas  kepada peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang dikatakan terjadi kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Matlamat  tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Strategi ‘serampang dua mata’ diperkenalkan iaitu mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula guna tenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah. Antaranya ialah:

·         Mewujudkan peluang pekerjaan

·         Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

·         Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antarakawasan bandar dan luar bandar.

·         Memodenkan kehidupan di luar bandar 

·         Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra.

·         Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.

·         Meningkatkan kemudahan infrastruktur 

Pada pandangan saya, DEB perlu dipertahankan oleh kerajaan demi menjamin kaum bumiputera mendapat pembelaan yang sepatutnya. DEB adalah satu dasar yang masih releven dan harus dipertahankan, cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki agar bersesuaian dengan cabaran semasa. Melalui pegangan ekonomi yang kukuh, kaum bumiputera dapat bersaing dengan kaum lain. DEB perlu mensasarkan golongan peringkat bawahan seperti golongan petani dan nelayan agar turut merasai limpahan ekonomi negara. Bagi golongan atasan kaum bumiputera, mereka perlu bersaing secara adil bersama kaum bukan bumiputera bagi mendapat syer di dalam pasaran. DEB masih releven.

2.4 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir, Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan negara seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang bersatu-padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Salah satu daripada Dasar Pembangunan Nasional adalah menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak-seimbangan ekonomi berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

2.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Pengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai  integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

i.Kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepadakebudayaan penduduk asal atau asli atau peribumi negara ini.

ii.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan.
                     
iii.Islam akan menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan. Pada awalnya, komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada aspek-aspek kesenian dan pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataan-penyataan artistik dan simbolik (kesenian dan pakaian) tetapi bahasa serta norma dan nilai. Dari segi bahasa, dalam kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu / Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan secara meluas. Norma dan nilai pelbagai  etnik seperti Cina dan India diterapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh mewujudkan kesatuan dan kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain telah membolehkan wujudnya perpaduan serta integrasi nasional.
                               


2.6 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar adalah fundamental bagi sesuatu perkara. Namun apabila kita membicarakan tentang Dasar Pendidikan Malaysia, frasa dasar tidak lagi hanya membawa makna asas, tapak atau falsafah semata-mata. Sebaliknya, dasar di sini membawa makna yang lebih luas dan holistik. Hal-hal yang berkaitan dengan dasar yang lahir daripada Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran 1957 ini telah mengalami pelbagai revolusi dan penambahbaikan setelah melalui beberapa era pasca-merdeka. Cabaran atau tuntutan semasa yang semakin kompleks menyebabkan wujud respons dinamik pada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia.

3. BENTUK HALANGAN DAN CARA MENGATASINYA
3.1 Halangan Yang Wujud 

3.1.1 DASAR PECAH DAN PERINTAH

Sejak awal lagi, menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara mengekalkan institusi tradisional dan seboleh-bolehnya menggelakkan gangguan ke atas fungsi, struktur sosial dan cara hidup Bumiputera. Oleh itu penduduk Bumiputera tidak diberi peluang dalam perkembangan ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan kepada golongan imigran. Ini dibuktikan daripada pengimportan buruh asing untuk mengisi keperluan tenaga buruh.Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai  sistem `Pecah dan  Perintah’ (Divide and Rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk  `melemahkan’ Bumiputera dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing – masing dan tidak digalakkan berhubung secara  langsung dengan kaum Bumiputera. Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam per kembangan perusahaan bijih, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah negara.

Kesan pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris pada zaman sebelum merdeka.
i.Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih.
ii.Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan penduduk Bumiputera.
iii.Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.
iv.Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.
v.Dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpah menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku.
vi.Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang menyebabkan  penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha ladang asing.
vii.Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang pelajaran.
                           


3.1.2 PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN

Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan etnik kerana beberapa sebab yang telah dikenal pasti iaitu satu agen pembekuan yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu ilmu. Kesan negatifnya pula dapat dilihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman pemerintahan British, masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunan ekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan dalam arus pendidikan.
Pada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau menegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolonial ini terus dikekalkan. Ketiga -tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Walau bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan India sahaja dan mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa.Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa pengantar yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Natijahnya, telah mewujudkan kompenan-kompenan masyarakat yang “ berasingan tapi berdampingan”. Tambahan juga kemunculan “ kota-kota kolonial” ini yang menerapkan kepentingan sesuatu kaum tertentu.Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah diantara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana orang Inggeris menganggap orang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian kerana sebilangan besar orang Cina bergiat di bidang-bidang tersebut pada zaman kolonial. Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai  di Tanah Melayu.Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh kanak-kanak di England.Sekolah Melayu menitik beratkan kemahiran membaca, menulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina dan India mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India,bahkan untuk sekolah Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-guru yang terlatih diTanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari semakin menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1963.

3.1.3 KEMISKINAN
Kemiskinan merupakan salah satu halangan untuk mencapai perpaduan.Kadar kemiskinan di kalangan penduduk pada zaman penjajahan adalah tinggi kerana fungsi ekonomi yang berbeza. Terdapat jurang perbezaan pendapatan yang ketara di antara penduduk di bandar dan di luar bandar. Kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya masalah sosial di kalangan rakyat. Keadaan  ini telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah perpaduan dan seterusnya gagal mencapai integrasi nasional.

3.2 CARA MENGATASINYA

3.2.1 KERAJAAN
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir  kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Kerajaan menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.


Strategi Pelaksanaan
Dasar Pembangunan Negara (DPN) akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
(i)  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
 
(ii)  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;
 

(iii)  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
 
(iv)  Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak seimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;
 
(v)  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;
   
(vi)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat

  

(vii)  Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan
 
(viii)  Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam  melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

3.2.2 MASYARAKAT

KONSEP  GAGASAN 1 MALAYSIA
Matlamat 1 Malaysia adalah melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang terdiri daripada  pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar dalam satu negara bangsa  Malaysia, malah  berfikir dan bertindak ke arah mencapai perpaduan yang jati antara berbilang kaum. Gagasan 1Malaysia berhasrat mewujudkan sebuah kerajaan yang berpaksikan  kepada  hasrat ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Gagasan 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan kelainan yang wujud dikalangan rakyat sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain, mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malah, bersedia hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati nilai-nilai dan kepercayaan  kaum yang lain. Ringkasnya, rakyat Malaysia sedia hidup sebagai satu ‘keluarga besar’ dalam satu negara hak milik bersama.
Sesungguhnya, Gagasan 1 Malaysia lebih bertekad memfokuskan kepada aspek psikologi atau jiwa rakyat  Malaysia dalam menerima dan menerap nilai-nilai murni seperti kekitaan, memikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia, malah mengapuskan pemikiran yang bersandarkan satu kaum atau etnik tertentu di kalangan rakyat. Ini mendorong rakyat lebih mementingkan kepentingan negara dalam perjuangan masing-masing daripada memenuhi kepentingan dan keperluan sesuatu kaum tertentu yang tidak terhad. 
NILAI-NILAI YANG DIMAJUKAN DALAM  GAGASAN 1MALAYSIA
Gagasan 1 Malaysia adalah pemangkin kepada kelahiran sebuah  negara bangsa yang mementingkan sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Malah perlu memahami dan menghayati lapan nilai yang digolongkan dalam nilai teras 1Malaysia, iaitu  budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi. Sesungguhnya, semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat jati  Malaysia di mana segala hasil pembangunan perlu dinikmati secara bersama. Rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia sebagai negara ibunda atau negara kita bersama, di mana tidak ada satu kumpulan kaum atau masyarakat yang merasa mereka terpinggir daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Gagasan 1 Malaysia mendukung prinsip keadilan sosial untuk semua kaum. Ini bermakna, nasib dan kepentingan semua kaum akan terbela agar  mana-mana kaum atau kumpulan masyarakat pun meresa mereka dipinggirkan. Malah, kaum dan  golongan masyarakat yang memerlukan bantuan kerajaan akan diberikan keutamaan dalam menerima bantuan yang sewajarnya. Dengan itu, Gagasan 1 Malaysia menegaskan bahawa tidak siapapun rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat kelas 2 atau dipinggirkan dalam arus pembangunan perdana negara ini. Malah setiap kaum, bumiputra ataupun bukan bumiputra, yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan taraf  dan kualiti hidup masing-masing akan dibantu oleh kerajaan.

PERANAN KAUM MASING-MASING DALAM MENJAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIA
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina negara bangsa, semua kaum perlu berusaha memperkasakan Gagasan 1Malaysia dengan menumpukan perhatian kepada penerapan nilai-nilai murni dan  teras 1 Malaysia sebagai amalan hidup mereka.Pertubuhan-pertubahan yang mewakili kepentingan kaum masing-masing boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti ( contoh: menubuhkan Kelab 1 Malaysia-Rukun Negara di kawasan masing-masing) dalam menyemarak dan melestarikan 1Malaysia dan Falsafah Rukunegara.
Penghayatan semangat  Rukun Negara  perlu diteruskan dikalangan rakyat Malaysia. Kupasan prinsip-prinsip   Rukun Negara melalui pelbagai aktiviti sosial harus diteruskan supaya rakyat dapat menerapkan semangat kenegaraan, bersama-sama dengan teras-teras 1Malaysia. Usaha ini  diharapkan  akan melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik serta cintakan negara.
Lima prinsip penting yang terdapat dalam Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969  iaitu Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang  dan Kesopanan dan Kesusilaan  tidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya terkandung semangat yang berupaya menerapkan nilai murni ke arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya.

RUMUSAN
Sebagai kesimpulan dasar pembangunan ekonomi dan sosial  telah digunakan dalam usaha  membina negar Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud adalah asas kepada negara untuk lebih maju lagi. Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad akan terus memacu kemajuan negara setanding negara-negara Barat.
Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan,etnik, agama  malah kefahaman politik harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial  dan nilai-nilai aspirasi  seperti  budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi,  yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan sejahtera dipersada dunia.  








5. REFERENCE

Model Hubungan Etnik, UPENA, Shamsul Amri Bharudin
Malaysia Kita,Institut Tadbiran Awam Negara, 1991.
Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Ishak bin Saat, 2005.Karisma Publications Sdn Bhd
Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Tengku Anuar, 1990 :Nurin Enterprise.

Bahan dari Internet
Bunn Nagara (2005).Melihat Wawasan 2020 dengan Jelas. (Online).http://www.malaysia-today.net-0404
My Wawasan 2020. (Online).http://www.groups.msn.com.htm
Jabatan Penerangan Malaysia (Online) Konsep Gagasan 1 Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan