Bab 6 CTU



BAB 6
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:
         Menjelaskan kepentingan perpaduan dan integrasi demi kestabilan politik dan sosial
         Menjelaskan dasar kerajaan bagi integrasi etnik
6.1 PENGENALAN
         Perpaduan dan integrasi etnik adalah penting bagi memastikan pembangunan negara berjalan lancar
         Kemampuan integrasi etnik telah dibuktikan di zaman sebelum penjajahan di mana golongan Baba telah berasimilasi dengan kebudayaan Melayu.
6.2 DEFINISI
         Perpaduan : Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air
  • Integrasi : Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
6.3 DASAR DAN PELAN TINDAKAN KE ARAH PERPADUAN
6.3.1 Rukun Negara
  • Digubal untuk menyemai dan memupuk semangat perpaduan etnik ekoran peristiwa 13 Mei 1969.
  • Dperkenalkan pada 1970
  • Terdapat 5 rukun semuanya.

6.3.2 Dasar Ekonomi Baru.
Matlamat:
  1. Membasmi kemiskinan.
»        Kadar kemiskinan 1970 49.3% menurun kpd 17% pd 1987. Dalam kes kumpulan etnik pula, di semenanjung, paras kemiskinan b/putra menurun dr 46% 1976 kpd 24% 1987. Manakala kaum India drp 27% kpd 10% dan Cina 17% kpd 8% pd 1987.
(Perubahan Fasa Ekonomi Malaysia. 2003. Samuel Bassey Okposin, Abdul Halim Abdul             Hamid & Ong Hway Boon. K:L Utusan Publication. p.35-37).
  1. Penyusunan semula guna tenaga.
»        Penyusunan semula guna tenaga menunjukkan kemajuan sepanjang dekad 1970an dan 1980an dgn lebih banyak b/putra berpindah ke sektor moden dan pekerjaan bergaji tinggi.
»        Perubahan dlm sektor guna tenaga ini diiringi perubahan dlm sektor penduduk, pertumbuhan tenaga kadar perbandaran dan pertumbuhan ekonomi
»        Jelasnya kadar pertumbuhan yg pesat membawa kpd pertumbuhan yg lebih tinggi dlm guna tenaga dlm prospek yg lebih baik untuk penyerapan b/p kedlm sektor swasta dan awam. Pertumbuhan ekon yg perlahan 1980an telah meningkatkan kadar pengangguran dikalangan b/p drp 7% 1980 kpd 7.6% 1985 dan tahap yg lebih tinggi dijangkakan iaitu 8.7% berbanding 8% bg India dan 5.7% bg Cina.(Ibid. p.38)
  1. Penyusunan semula pemilikan.
Ä  Pemilikan ekuiti b/p meningkat dr 4.3% 1971 kpd 19% 1990. Cina 34% ke 56.7% dgn kepentingan asing merosot drp 62% 1972 ke 23.4% pd 1990.(Ibid, p.39)
  1. Masyarakat perdagangan dan perindustrian BP.
Ä   Adalah sukar untuk menilai tahap kejayaaan DEB dlm Rancangan Pembangunan Usahawan b/P,  kecuali kita melihat kpd penyaluran sumber kpd komuniti b/p. Rancangan Pembangunan Usahawan b/P termasuklah bantuan kewangan, khidmat runding cara khidmat nasihat dan latihan, bantuan teknikal, sokongan pentadbiran dan penglibatan langsung kerajaan dlm sektor swasta. Sejumlah besar agensi terlibat dlm Pembangunan Usahawan b/P termasuklah MARA, ITM (kini UiTM), UDA, MIDF, NPC, Pernas, CGC. (Ibid,p.40)

6.3.3 DASAR PANDANG KE TIMUR
  • Bermaksud Malaysia ingin mengikut jejak langkah negara yg pesat membangun di Timur, terutamanya Jepun, Korea dan Taiwan. Unsur penting dlm dasar ini ialah  ketekunan dan disiplin ketika bekerja, kesetiaan kepada negara, orientasi kumpulan, meningkatkan produktiviti negara dan kualiti, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan merapatkan jurang antara eksekutif dengan pekerja.
                           (Ibid. p.42)
  • Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia HICOM adalah satu Usaha kearah merealisasikan program perindustrian berat negara. Ia telah membawa kepada pembentukan syarikat multinasional yang berpusat di Malaysia. Keadaan ini seterusnya mewujudkan pembangunan kelompok perindustrian, yang mana setiap kelompok pula mempunyai industri utama yang disokong oleh pembekal komponen, bahan mentah, khidmat sokongan dan infrastuktur khusus kelompok. Seterusnya untuk menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran, maka penekanan diberikan kpd 4 perkara, antaranya:
    • meluaskan kemudahan infrastruktur
    • meninggikan kualiti tenaga kerja
    • memperbaiki teknologi
    • menambah pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
            (Ibid. p.42)

6.3.4 Dasar Penswastaan
  • Di Malaysia dua dasar utama yang berkait  secara langsung dengan penswastaan entiti awam ialah Dasar Penswastaan dan Dasar persyarikatan Malaysia. Dasar Penswastaan diperkenalkan untuk membawa perubahan positif dalam organisasi, pengurusan dan prestasi perusahaan awam yang mana sebelum ini menjadi t//jwb kerajaan. Dasar ini menggambarkan iltizam kerajaan untuk mengurangkan penglibatan langsung kerajaan dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan tahap dan skop perbelanjaan awam serta membenarkan kuasa pasaran mengawal ekonomi.
  • Dasar Penswastaan bermaksud pemindahan 3 komponen iaitu tugas pengurusan kerajaan, asset (dengan atau tanpa liability) atau hak menggunakan asset dan kakitangan kepada sektor swasta. Kelebihan utama penswastaan ialah memupuk etika kerja yg cekap dan produktif di kalangan pekerja memandangkan sektor swasta sememangnya diketahui lebih cekap dan lebih bermotivasi. Antara objektif penswastaan ialah (Sawal, 1996) (Ibid. p.184-190)
  1. Meringankan beban kerajaan
  • Pemindahan khidmat awam kepada sektor swasta dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, seterusnya mengelakkan deficit belanjawan dan mengurangkan hutang kerjaan. Dana yang disimpan ini boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan ekonomi yang lain, menumpukan kepada fungsi tradisional, iaitu mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta menyediakan sokongan untuk mencapai pertumbuhan dan kestabilan ekonomi.
  1. Meningkatkan kecekapan
  • Penswastaan akan menambah bilangan syarikat dalam industri. Ekoran itu syarikat ini terpaksa bersaing antara satu samalain  untuk mendapatkan tempat dalam pasaran perniagaaan. Untuk bersaing, syarikat yang diswastakan terpaksa meningkatkan kecekapan dan produktiviti pekerja mereka yang akan membawa kepada pengeluaran barangan yang bermutu tinggi, persaingan penetapan harga dan prestasi kewangan yang lebih baik.
  1. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
  • Syarikat swasta berorientasikan keuntungan dan akan menggunakan kos pengeluaran minimum untuk menghasilkan pengeluaran maksimum. Penswastaan syarikat awam bertujuan memupuk amalan ini yang akan mendatangkan kesan positif terhadap aoutput dan pendapatan negara. Hasil kerajaan daripada cukai langsung dan tidak langsung akan bertambah apabila syarikat yang diswastakan menghasilkan lebih banyak output dan memperoleh lebih keuntungan. Oleh yang demikian, peningkatan output negara dan cukai kerajaan akan merangsangkan KDNK negara.
  1. Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam   dalam     ekonomi.
  • Penswastaan ekuiti awam akan mengurangkan saiz sektor awam dalam ekonomi. Lama kelamaan ekonomi semakin dikuasai oleh sektor  swasta yang cekap dalam peruntukan sektor pengeluaran
  1. Memenuhi Dasar Ekonomi Baru
  • Salah satu objektif DEB adalah menyediakan peluang untuk  menambah penyertaan bp dalam sektor pembuatan dari  segi kesaksamaan, guna tenaga, pemasaran dan khidmat professional. Penswastaan akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk disertai oleh b/p.

6.3.5 Wawasan 2020
  • Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya berteraskan industri menjelang tahun 2020 mengikut acuan Malaysia sendiri.
  • Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi semua bidang Ekonomi, Politik, Sosial, Kerohanian, Kejiwaan, Saikologikal dan Kebudayaan.

9 cabaran asasi yang harus ditangani iaitu:
  1. Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.
  2. Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.
  3. Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, berkeyakinan terhadap diri sendiri, berbangga dengan apa yang dicapai serta cekap menghadapi pelbagai rintangan, sentiasa mengejar kecemerlangan dan dihormati oleh rakyat negara lain;
  4. Membentuk dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman dan demokrasi yang unggul berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun;
  5. Membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika, dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh;
  6. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada negara;
  7. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya cipta tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan;
  8. Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu;
  9. Menjamin pembentukan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi,yang mampu mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum; dan
  10. Mewujudkan masyarakat makmur  yang tinggi daya saing dan ketahanan dinamik, serta tangkas menghadapi perubahan


Antara Strategi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020:
  1. Memupuk perpaduan dan semangat patriotisme, kematangan politik, membina ketahanan ekonomi, melahirkan masyarakat bertoleransi dan penyayang
  2. Penyusunan semula masyarakat bagi memastikan pemilikan ekuiti bumiputera sekurang-kurangnya 30% menjelang 2010
  3. Membasmi kemiskinan menjelang 2005 dengan menumpukan kepada golongan berpendapatan rendah
  4. Menggalakkan pelaburan swasta dan asing bagi mengukuhkan ekonomi negara
  5. Meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan kemajuan sains dan teknologi, menggalakkan pertumbuhan IKS dan membangun syarikat bertaraf dunia,

6.3.6 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Objektif:
  1. Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956)
  1. Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta Pelajaran - 1961)
  1. Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang, bersatu dan berdisplin
  1. Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa
  1. Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa

Falsafah Dasar Pendidikan Kebangsaan
         “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharminian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.


Pelaksanaan dan Pencapaian
Strategi Perlaksanaan:
  1. Menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
  2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
  3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama
  4. Menyediakan pendidikan asas selama 9 tahun
  5. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum
Pencapaian:
  1. Berjaya melahirkan tenaga mahir dan separa mahir untuk keperluan pembangunan negara
  2. Berjaya menurunkan kadar kemiskinan di peringkat negara dan juga peringkat etnik
  3. Berjaya mewujudkan integrasi etnik di peringkat persekolahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan