Bab 5 CTU



BAB 5
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:
  • Menerangkan konsep modenisasi
  • Menghuraikan konsep dan prosespembangunan ekonomi Malaysia
  • Menjelaskan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.
5.1 PENGENALAN
n  Bab ini akan membincangkan hubung kait pembangunan ekonomi dan hubungan etnik. Ia juga akan menjelaskan konsep modenisasi, pembangunan ekonomi dan politik.
5.2 KONSEP MODENISASI
n  Modenisasi : proses transformasi / merubah sesebuah masyarakat dalam segenap bidang kehidupan samada politik, sosial, ekonomi dll.
n  Transformasi terbahagi kepada dua iaitu berencana dan tidak berencana
n  Transformasi berencana iaitu perubahan yang mempunyai matlamat, kaedah dan ianya dapat diukur.
n  Pembangunan ekonomi dapat diukur melalui:
n  Pertumbuhan Dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK)
n  Peningkatan kualiti hidup (pendidikan, kesihatan, persekitaran, kemudahan asas dsb.


5.3 MODENISASI DI MALAYSIA
n  Modenisasi Malaysiaadalah bermodelkan modenisasi barat yang banyak menitikberatkan pembangunan ekonomi.
n  Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysiasedar bahawa negara tidak boleh selamanya bergantung kepada sektor pertanian kerana harga komoditi pertanian sentiasa mengalami turun naik.
n  Oleh itu Malaysiameletakkan matlamat ingin keluar dari status negara pertanian kepada sebuah negara industri.
n  Bagi merealisasikan matlamat tersebut, beberapa langkah telah diambil, antaranya:
n  Menyediakan prasarana i.e jalanraya, keretapi, tenaga elektrik, komunikasi dsb.
n  Pembangunan dan penggunaan teknologi terkini/moden dan mengenepikan ilmu tradisional dan menggantikannya dengan ilmu saintifik.
n  Pembangunan pertanian : pertanian sara diri diubah kepada pertanian komersil.
n  Urbanisasi : memindahkan penduduk luar bandar ke bandar bagi memenuhi permintaan tenaga buruh.
n  Perhebatkan proses industrialisasi : Pengeluaran barangan kilang / siap secara besaran2.
n  Perubahan daripada industri gantian import kepada industri berasaskan ekspot.
n  Di abad ke 21, Malaysiamemberi fokus kepada pembangunan beasaskan K-Ekonomi.
n  Secara umumnya Malaysiaberjaya memodenkan ekonomi. Buktinya :
n  Pertumbuhan ekonomi 1990an berada pada 8-9%.
n  Peningkatan kualiti hidup
n  Inflasi terkawal
5.4 URBANISASI DI MALAYSIA (DALAM KONTEKS POLITIK)
n  Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan ekonomi tidak dapat dipisahkan dengan pembangunan politik.
n  Ini adalah kerana Persekutuan Malaysiaadalah terbentuk dari gabungan beberapa negeri dan juga gabungan beberapa etnik yang membentuk negara bangsa.
n  Berbekalkan gabungan tersebut, maka Malaysiaberiltizam untuk membentuk sebuah negara bangsa yang aman dan harmoni.
n  Dalam konteks pembangunan ekonomi, kemajuan ekonomi bukan hanya untuk kemakmuran ekonomi semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu iaitu untuk pembentukan sebuah negara bangsa yang mampu hidup bersama.
n  Oleh itu kerajaan sedar bahawa pembangunan di Malaysia mesti mengambilkira soal etnik dan demografi. Tanpanya akan berlaku pertelingkahan etnik sepertimana peristiwa 13 Mei 1969.
n  Bagi mengelak peristiwa tersebut berulang, maka kerajaan telah perkenalkan beberapa rancangan, antaranya:
n  Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama
n  Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
n  Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
n  Rancangan MalaysiaPertama (1966-1970)
n  Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua
n  Rancangan MalaysiaKedua (1971-1975)
n  Rancangan MalaysiaKetiga (1976-1980)
n  Rancangan MalaysiaKeempat (1981-1985)
n  Rancangan MalaysiaKelima (1986-1990)
n  Rancangan Pembangunan Negara Fasa Ketiga
n  Rancangan MalaysiaKeenam (1991-1995)
n  Rancangan MalaysiaKetujuh (1996-2000)
n  Rancangan MalaysiaKelapan (2001-2005)
n  Rancangan MalaysiaKesembilan (2006-2010)
n  Bagi merancakkan lagi pembangunan Negara, kerajaan telah merangka Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Ianya adalah:
n  Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990)
n  Dasar Ekonomi Baru (DEB).
n  Matlamatnya :
n  Mengurang dan membasmi kemiskinan.
n  Menyusun semula masyarakat.
n  Strategi yang digunakan:
n  Mewujudkan peluang pekerjaan dipelbagai sektor
n  Merapatkan jurang pendapatan antara etnik & wilayah
n  Rancangan Pembangunan Wilayah.
n  Matlamat:
n  Memperbaiki taraf hidup
n  Pembukaan tanah dan pembukaan Bandar baru, i.e KESEDAR, KETENGAH, KEJORA dll.
n  Pembangunan Perindustrian.
n  Industri berat berasaskan modal dan teknologi i.e HICOM
n  Meningkatkan peranan swasta dalam pembangunan negara
5.5 ISU-ISU EKONOMI
n  Agihan ekonomi.
»     Pertumbuhan ekonomi negara adalah amat memberangsangkan i.e 8-9% pada 1996
»     Isu agihan di sini dilihat dari dua sudut iaitu agihan berdasarkan kelas sosial dan agihan berdasarkan kelompok etnik.
n   Equality (kesamarataan) dan Equity (keadilan)
»     Perlembagaan fasal 8 perkara (1) menjelaskan bahawa semua orang adalah samarata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan samarata disisi undang-undang.
»     Oleh itu ada pihak-pihak tertentu berhujjah bahawa Hak istimewa Orang Melayu perlu dinilai semula.
n  DEB  dan hubungan etnik.
»     DEB diperkenalkan 1970 bagi menyelesaikan masalah jurang ekonomi antara etnik. Ia juga adalah bertujuan menyusun semula masyarakat.
»     Diharapkan pada 1990 ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara mencapai 30%. Ini adalah bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.
n     Pendidikan, Ekonomi dan identiti bangsa
»     Kerajaan melihat aspek pendidikan mampu merubah struktur ekonomi dan politik negara. Oleh itu diwujudkan pengajaran sains dan matematik di sekolah menggunakan bahasa Inggeris.
n  Globalisasi : Ekonomi dan Hubungan Etnik.
»     Kejayaan ekonomi Asia di dekad 1990an,  termasuk Malaysia adalah disebabkan elemen globalisasi. Ia dibuktikan oleh aliran masuk modal asing (FDI) dan perlaksanaan dasar liberalisasi ekonomi dan kewangan negara.
»     Aliran masuk modal asing ini dianggap sebagai wang panas yang mana kemudiannya telah menyebabkan negara-negara Asia, termasuk Malaysia dilanda kegawatan ekonomi pada 1997-98.
n  Krisis Ekonomi
»     Implikasi Terhadap Usahawan Bumiputera, 1998 lebih 25,000 usahawan bumiputera gulung tikar. 191 IKS bumiputera muflis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan