Bab 2 CTU




BAB 2
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat:
          Memahami konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik
          Menjelaskan sejarah pembentukan pluralisme dan masyarakat pluralistik Tanah Melayu sebelum merdeka
          Memahami proses asimilasi antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan
          Menghuraikan elemen pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka
2.1 PENGENALAN
          Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah.
          Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory).
          Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan.


2.2 CIRI-CIRI PLURALISME
          Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.
          Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam Melayu. Keputusan tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga.
          Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka.
          Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya.
2.3 KEMUNCAK PLURALISME DI ALAM MELAYU
          Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam. Menurut Tom Pires , seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) “Malacca is very famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world ….. It is a city more suitable for trading products than any other in trhe world”(Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6). Manakala seorang lagi penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan “Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6)
          Antara faktor yang membawa keagungannya sehingga diberi jolokan “The Venice of the East”:
                                 i.            Pemerintahan yang bersistematik
»     Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi dan misi yang jelas untuk maju, untuk menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan barat. Pemerintah telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan seumpama jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya
»      Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa besar pada masa itu.  Hubungan Melaka dengan negara China  telah membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segi politik mahu pun dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Manakala dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-anasir  luar.
»     Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan kejawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik .  Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.
»     Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan.
»     Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam
                               ii.            Perdagangan
»             Perdagangan berkembang pesat hasil jaminan keselamatan dan undang-undang. Ancaman lanun dapat dikawal sepenuhnya dengan wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
»             Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif i. e laksamana, shahbandar dan sebagainya yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
                              iii.            Kebudayaan
»             Kehadiran imigran adalah tanpa syarat passport, visa dan sebagainya.
»             Natijahnya, ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kota metropolitan
2.4 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU
          Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris.
          British membawa masuk imigran Cina dan  India untuk bekerja di lombong dan diladang getah.
          Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah ‘divide and rule’ antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu.
          Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.
          Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.
          Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme.
          Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka.
          Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti :
          Politik dan pemerintahan            
»     Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama (sains, ekonomi dan sebagainya)
»     Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa (kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan yang lain.
    1. Sistem dan Struktur
»             Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu.
»             Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan gabenor British. Pemisahan              tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya.
2.5 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA
          Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan penjajah.
          Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi beberapa aspek :
  1. Aspek politik
»             Politik Malaysia  sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik.  UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India.
»             Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional
»             Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada soal pembangunan negara.
               
       ii.            Perlembagaan
Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia)
»             Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa perubahan telah dibuat bagi       membolehkan penyertaan Sabah Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia.
»             Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Ia menjadi asas kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik                                           
      iii.            Pendidikan
»             Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis  sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya telah diteruskan selepas  merdeka.
»             Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji  sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.
»             Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk  menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

     iv.            Ekonomi
»             Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu adalah dasar ekonomi bebas “laissez faire”.
»             Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua sistem                ekonomi iaitu ekonomi tradisional (berasaskan pertanian) yang      melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden (berasaskan pasaran      dan modal) yang melibatkan orang Cina.
»             Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagai masalah ekonomi, antaranya wujud jurang pendapatan yang luas antara etnik.
»             Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah pembangunan berencana, antaranya”
                                                            Rancangan Malaysia
                                                            DEB
                                                            Wawasan 2020 dan sebagainya
2.6 KESIMPULAN
Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama  politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
»             Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan               sebagainya.
»             Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam susana     aman dan harmoni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan