Radiasi di jepun tersebar jauh 27-03-2011

Semakin hari semakin menigkat tahap kebocoran radiasi di jepun..apa nak jadi dah ni. Amerika datang tolong makin parah dibuatnya.Anda cuba bayangkan tahap radiasi melonjak sehingga ke paras 1,250 kali lebih tinggi berbanding keadaan normal di sekitar kawasan perairan loji berkenaan. Apa jadi kat ikan kawasan tu pun sorang pun tak tahu dan tak cerita pun..Habis kena kanser agaknya..nampaknya ikan pun x selamat nak dimakan.

Cuba bayangkan ikan tu kena kanser kemudian menghasilkan anak2 ikan yang juga ada kanser dan dimakan oleh manusia.Tapi walaubagaimana pun keadaan ini tidak begitu ketara menjejaskan kehidupan dilaut..jangan takut....( Sumber harian Metro ) . Ternyata rakyat jepun gelisah dengan keadaan yang tidak terkawal ini. Walaupun semua penjelasan dibuat untuk menghilangkan rasa penik manusia sejagat, kita kenalah berhati2 untuk masa skrg dan masa akan datang..


Maklumat terkini dari Lembaga Tenaga Atom

-  DATA TERKINI ERMS: Sumber dari Lembaga Tenaga Atom Malaysia
  • Tarikh : 27.03.2011 , 6.00 petang
  • - Data paling tinggi : 0.181 uSv/jam (Senai) - Data paling rendah : 0.029 uSv/jam (Kudat) - Range Data di Malaysia : 0.029 ~ 0.181 uSv/jam - Bacaan adalah di paras normal (Latar Belakang).
  • Tarikh : 27.03.2011 , 10.00 pagi
  • - Data paling tinggi : 0.181 uSv/jam (Senai) - Data paling rendah : 0.029 uSv/jam (Kudat) - Range Data di Malaysia : 0.029 ~ 0.181 uSv/jam - Bacaan adalah di paras normal (Latar Belakang).
 
  KEMUDAHAN PERKHIDMATAN PENGESANAN SINARAN KE ATAS INDIVIDU

Jabatan AELB ada menyediakan perkhidmatan pengesanan sinaran ke atas individu secara percuma dari jam 8 pagi – 6 petang setiap hari di Ibu Pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila hubungi talian 1800 88 7999 atau 03-8922 5848. Lokasi AELB

life priced,do not fight,peace no war

Tiada ulasan:

Catat Ulasan