Keadaan di Jepun 01-04-2011

 PBUY reader..Maklumat dibawah adalah benar dari Lembaga Tenaga Atom yang bertanggungjawab menyebarkan berita terkini tahap radiasi di jepun.
 

SPECIAL PRESS RELEASE
KENYATAAN AKHBAR
Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
MENGENAI KEMALANGAN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN
GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN 
 
1 April 2011,  
 

KEADAAN DI JEPUN
1.          Laporan dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 29 Mac 2011 jam 1.00 pagi waktu Malaysia mengesahkan keadaan masih serius di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi.
 
2.          Berdasarkan sampel air laut yang diambil setiap hari pada jarak 330 meter dari Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi daripada Unit 1 - 4 loji kuasa nuklear Fukushima adalah seperti berikut:
 
a) Pada 26 Mac 2011, bacaan untuk Iodin 131 (I-131) yang direkodkan adalah 74 Bq/cm3, iaitu 1,875 kali ganda had yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Jepun;
b) Pada 27 Mac 2011 kepekatan radionuklid I-131 menurun kepada 11 Bq/cm3 iaitu 275 kali ganda had yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Jepun;
c) Pada 28 Mac 2011, kepekatan radionuklid I-131 terus menurun kepada 2 Bq/cm3 iaitu 50 kali ganda daripada had yang dibenarkan Pihak Berkuasa Jepun;
d) Pada 29 Mac 2011, kepekatan radionuklid I -131 telah meningkat kepada 130 Bq/cm3 iaitu 3,250 kali ganda daripada had yang dibenarkan Pihak Berkuasa Jepun; dan
e) Tren turun naik ini dicerminkan juga oleh Cesium 137 (Cs-137) di mana pada 29 Mac 2011, kepekatannya ialah 32 Bq/cm3 iaitu 356 kali ganda daripada had yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Jepun.
 
3.          Dalam hal ini, MOSTI melalui AELB sedang memantau secara berterusan kepekatan radionuklid I-131 dan Cs-137 dalam sampel air laut, air hujan dan tanah dari beberapa lokasi seluruh negara. Analisa sampel di atas sedang dijalankan oleh pihak Agensi Nuklear Malaysia, dan keputusannya akan dilaporkan secara berkala bermula Kenyataan Akhbar edisi 1 April 2011, jam 3 petang.


  • Maklumat lanjut berkenaan Radiation in Daily-life, klik disini.


life priced,do not fight,peace no war

Tiada ulasan:

Catat Ulasan