Hosting dan domain

Baru la aku tau sikit tentang Hosting dan domain nih pasal dah terlanjur membeli tu pun sbb ada org tolong belikan. Dah la buta langsung tentang benda2 ni semua tapi tu semua memang kaedah belajar rupanya.Thanks tu zaryl.com walaupun sikit je penerangan dia bagitau kat aku. Sekurang2nya membantu.Dia kata hosting tu tempat simpan segala jadah fail dan domain tu adalah alamat web aku. Try n error je lah,nak tanya lebih2 kang pening plak dia nak terang. Pengajaran yang aku dapat, walaupun banyak salah aku buat tapi semua tu berguna bila aku cuba nak betulkan kembali ( rujuk sana-sini ) at the end aku faham dah dunia belogger nih walaupun seciput.


APA ITU DOMAIN?


Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://zaryl.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

APA ITU HOSTING?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan