Memaparkan catatan dengan label world news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label world news. Papar semua catatan

Paling lawak la minggu ni..skrip dari jozan

PBUY readers..entry kali ni..aku salin balik kata-kata kumpulan jozan dalam maharaja lawak..kadang2 x bagus gak kita guna kalimah2 suci untuk buat lawak..tapi entah lah..aku pun agama pun berapa mendalam...mari kita baca skrip depa nih..

ZIZAN
Encik-encik...bukan saya yang buat encik,,,sumpah bukan saya buat encik..saya takkan curi tabung  masjid encik. Tengok muka saya macam ada muka pencuri ke encik. Saya takkan buat perkara-perkara macam tu encik..encik..encik.. saya pun tak pernah pergi masjid encik..maksud saya masjid tu first time saya pergi encik..sabar lah saya nak cerita ni encik..Yang curi tabung semuanya bermula daripada dia encik...Tak caye tanya edia encik.Dia curi encik..

JOHAN
Saya pulak..meeemmangg..memang saya ajak dia cik..saya ajak dia pergi sembahyang pergi masjid..tapi..kitorang sembahyang asar dah lambat..takder orang lah..Dia nak jadi imam cik..encik..nak cerita pasal imam...saya la imam..mana-mana masjid cari , saya imam cik..sampai kat kampung saya, org nak berkhatan pun cari saya tau..Apa ni encik$&^$#%$%^..ooo yang tu Tok Mudim ye..oo itu bukan keje saya cik..janganlah tolak-tolak cik....aaa lepas tu cik, dia imam, takpalah imam..saya duk belakang.. Takbirlah..( Allah huakbar.."sambil menunjukkan perbuatan solat, iaitu takbirratulihram" ..dia tunjuk sana.." sambil menyebut kalimah Allah" saya nampak tabung cik...saya cik, kalau derma-menderma ni cik..kalu wajib dah buat apalagi sunnat cik...encik tak caye cik tanya la dia..

ZIZAN
Tangan macam ni..ooo..aaahh!! jangan-jangan cik..ya..yaaaa.. saya ngaku tangan saya macam ni ( sambil menunjukkan kekanan semasa takbir ) ok..kan saya cakap tadi saya..saya first time datang masjid tukan..jadi saya..'mana kiblat masjid ni...jari menghala kekanan' jadi fikir mana kiblat,mana kiblat, mana kiblat..saappp...sana kiblat,ke sana kiblat..saya tengok cik..yang saya tengok sana kiblat cik..dia dah begini-gini dengan tabung cik...( mcm nak nak kuarkan duit tabung ) begini-begini takpa cik..yang begini-begini tu ..( julang tabung nak kuarkan duit )..apa benda cik..salah saya ke cik..salah saya ke cik..? Encik tanya dia , kenapa dia buat tabung tu begini cik ( sambil menunjukkan tabung digoncang atas kepala ).

JOHAN
OOoo..dia cakap saya buat gini-gini.( sambil menunjukkan tabung digoncang atas kepala ).. kepala otak-otak kempas la cik..eehhh tak..memang saya buat mcm gini-gini..( sambil menunjukkan tabung digoncang atas kepala ). ada tak dia cakap, saya buat gini-gini ( tunjuk cara goncang tabung kehadapan )..cik sebenarnya benda tu terletak cantik je cik..saya datang, saya masuk 50 ringgit...termasuk cik..bukan sengaja..termasuk cik..termasuk..saya tengok kat kotak tu..Derma ikhlas...cikk...saya punya ikhlas 30 ringgit je cik..bila dah masuk 50, saya dah jadi tak ikhlas dah cik....

BERSAMBUNG.....

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Percaya atau tidak

PBUY readers..lanjutan kisah pejuang kita nih..dalam paper pun ada mengatakan kebenaran tidak terbukti yang beliau terbunuh dalam serangan..tiada bukti kukuh. Mayat disemadikan di laut? ...hemmm..apa lah perancangan kuncu2 ni, hanya Allah sahaja Maha Mengetahui...kematian pasti datang.

Al-fatihah tetap untuk saudara ku disana tidak kira hidup atau mati, itu yang termampu aku beri untuk kalian, semoga Allah bersama kalian, janji Allah adalah janji yang pasti...kemenangan pasti untuk kita!!.. kalian memang dilahirkan untuk menerima ujian yang hebat ini..kami tidak sehebat kalian dan tidak termampu oleh kami klu berada ditempat kalian..kalian tonggak utama kami.

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Pejuang berani syahid gugur osama bin laden

PBUY readers..Entry pasal salah satu pemimpin yang aku segani..Osama Bin Laden..Akhirnya pemburuan keatas beliau beakhir jua dengan mati shahid..rahmat keatas mu hendak-Nya. Walaupun OPS yang dijalankan pihak tentera omputih ni berjaya, akan ada lagi seorang seperti beliau akan lahir di bumi itu demi menegakkan panji2 Islam. Allah Maha Kaya dan Maha Pencipta..Tengok je lah apa tindakan pihak omputih ni lagi selepas osama dah meninggal..

Begitu banyak dugaan kau didunia, tapi semua itu telah kau jangkakan akan berlaku, nekad sikap mu adalah satu matlamat hidup, bertahan, kau bertahan, kau tidak menyerah...kau wira, kau wira _Al-Fatihah to Osama Bin Laden   Sajak diilhamkan sempena kematiannya dariku yang jauh dan kecil ini..
 


life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Cara mengenal telur tiruan

  PBUY reader...check la dulu makanan sebelum dimakan
  1. Apabila dipecah telur kuning akan bercampur dengan telur putih
  2. Kulit telur agak berkilauan
  3. Apabila disentuh ianya agak kasar
  4. Apabila di goncang ianya akan berbunyi seperti ada air
  5. Berbau seperti daging mentah
  6. Telur sebenar akan berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan
  7. Apabila digoreng telur putih akan mengembang tanpa disentuh


life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Keadaan di Jepun 01-04-2011

 PBUY reader..Maklumat dibawah adalah benar dari Lembaga Tenaga Atom yang bertanggungjawab menyebarkan berita terkini tahap radiasi di jepun.
 

SPECIAL PRESS RELEASE
KENYATAAN AKHBAR
Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
MENGENAI KEMALANGAN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN
GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN 
 
1 April 2011,  
 

KEADAAN DI JEPUN
1.          Laporan dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 29 Mac 2011 jam 1.00 pagi waktu Malaysia mengesahkan keadaan masih serius di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi.
 
2.          Berdasarkan sampel air laut yang diambil setiap hari pada jarak 330 meter dari Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi daripada Unit 1 - 4 loji kuasa nuklear Fukushima adalah seperti berikut:
 
a) Pada 26 Mac 2011, bacaan untuk Iodin 131 (I-131) yang direkodkan adalah 74 Bq/cm3, iaitu 1,875 kali ganda had yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Jepun;
b) Pada 27 Mac 2011 kepekatan radionuklid I-131 menurun kepada 11 Bq/cm3 iaitu 275 kali ganda had yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Jepun;
c) Pada 28 Mac 2011, kepekatan radionuklid I-131 terus menurun kepada 2 Bq/cm3 iaitu 50 kali ganda daripada had yang dibenarkan Pihak Berkuasa Jepun;
d) Pada 29 Mac 2011, kepekatan radionuklid I -131 telah meningkat kepada 130 Bq/cm3 iaitu 3,250 kali ganda daripada had yang dibenarkan Pihak Berkuasa Jepun; dan
e) Tren turun naik ini dicerminkan juga oleh Cesium 137 (Cs-137) di mana pada 29 Mac 2011, kepekatannya ialah 32 Bq/cm3 iaitu 356 kali ganda daripada had yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Jepun.
 
3.          Dalam hal ini, MOSTI melalui AELB sedang memantau secara berterusan kepekatan radionuklid I-131 dan Cs-137 dalam sampel air laut, air hujan dan tanah dari beberapa lokasi seluruh negara. Analisa sampel di atas sedang dijalankan oleh pihak Agensi Nuklear Malaysia, dan keputusannya akan dilaporkan secara berkala bermula Kenyataan Akhbar edisi 1 April 2011, jam 3 petang.


  • Maklumat lanjut berkenaan Radiation in Daily-life, klik disini.


life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

01-04-11 radiasi jepun belum selesai

PBUY reader..Ingatkan makin reda keadaan di jepun selepas tsunami tempoh hari dengan kebocoran radiasi ke kawasan berdekatan..Nampaknya TEPCO tidak dapat menyelesaikan masalah lagi. Kuasa Allah s.w.t semua ni,semoga DIA memberi bantuan dan kekuatan bagi penduduk jepun di fukushima.
Dikatakan tahap radiasi telah mencecah lebih kurang 4,000 kali ganda ( bukan sikit dah ni ) dan kerajaan jepun terpaksa memindahkan lagi lebih ratusan penduduk yang berdekatan dengan loji tersebut. Jarak lingkungan 30km tu..selebihnya baca la METRO


life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Pekerja loji nuklear Jepun cabut lari dan salah ambil bacaan?

PBUY reader..baca la petikan dari Berita Harian Online dibawah..sekejap cakap macam tu..sekejap macam ni..mana satu maklumat betul pun entah la..tapi berdasarkan petikan akhbar tersebut TEPCO memohon maaf atas kesilapan bacaan yang diambil..( gempar satu dunia disebabkan beberapa orang pekerja mengukur tahap kebocoran..huhu..mesti kena marah kau..kau ) dah tu kesilapan tidak dimaafkan pulak tu ( mesti kena buang kerja )

Berita Harian Online | Pekerja loji nuklear Jepun cabut lari

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Tahap Radiasi makin parah di Jepun 28-03-2011

PBUY reader...Begitu lah yang di khabarkan melalui akhbar.Paras radiasi naik mendadak dan loji no 3 adalah yang paling ketara peningkatannya. Aktiviti dan tindakan setakat ini hanya dengan cara mengepam air keluar dan menyimpan air tersebut..menjadi pertanyaan aku ( mana nak simpan dan berapa lama jepun nak simpan air tu ). Untuk anda faham mengenai Radiasi ni sila ke http://www.aelb.gov.my/aelb/malay/dokumen/Japan_Earth_Quake/radiation_in_daily-life.pdf. 

Sisa radioaktif ni telah mencemarkan makan dan air hingga ke Tokyo ( kata harian metro 28-03-2011 ). Cuba anda bayangkan dari bandar sendai ke bandar tokyo lebih kurang 300 km itu pun lebih kurang je, aku cuba ukur guna google earth. Nampaknya negeri Sabah kenalah berhati2 dengan berita ini, bukan untuk menakutkan tetapi sebagai langkah berjaga2 kerana negeri tersebut lebih hampir dengan berbanding dengan negeri lain. Jangan risau, sebelum melalui sabah Negara Taiwan dan Philiphines akan terkena tempiasnya dahulu.

Untuk maklumat yang lebih terperinci dan sahih silalah ke  http://www.aelb.gov.my/aelb/malay/teks/index.asp

DATA TERKINI ERMS: sumber dari Lembaga Tenaga Atom
  • Tarikh : 28.03.2011 , 10.00 pagi
  • - Data paling tinggi : 0.174 uSv/jam (Senai) - Data paling rendah : 0.029 uSv/jam (Kudat) - Range Data di Malaysia : 0.029 ~ 0.174 uSv/jam - Bacaan adalah di paras normal (Latar Belakang).

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Radiasi di jepun tersebar jauh 27-03-2011

Semakin hari semakin menigkat tahap kebocoran radiasi di jepun..apa nak jadi dah ni. Amerika datang tolong makin parah dibuatnya.Anda cuba bayangkan tahap radiasi melonjak sehingga ke paras 1,250 kali lebih tinggi berbanding keadaan normal di sekitar kawasan perairan loji berkenaan. Apa jadi kat ikan kawasan tu pun sorang pun tak tahu dan tak cerita pun..Habis kena kanser agaknya..nampaknya ikan pun x selamat nak dimakan.

Cuba bayangkan ikan tu kena kanser kemudian menghasilkan anak2 ikan yang juga ada kanser dan dimakan oleh manusia.Tapi walaubagaimana pun keadaan ini tidak begitu ketara menjejaskan kehidupan dilaut..jangan takut....( Sumber harian Metro ) . Ternyata rakyat jepun gelisah dengan keadaan yang tidak terkawal ini. Walaupun semua penjelasan dibuat untuk menghilangkan rasa penik manusia sejagat, kita kenalah berhati2 untuk masa skrg dan masa akan datang..


Maklumat terkini dari Lembaga Tenaga Atom

-  DATA TERKINI ERMS: Sumber dari Lembaga Tenaga Atom Malaysia
  • Tarikh : 27.03.2011 , 6.00 petang
  • - Data paling tinggi : 0.181 uSv/jam (Senai) - Data paling rendah : 0.029 uSv/jam (Kudat) - Range Data di Malaysia : 0.029 ~ 0.181 uSv/jam - Bacaan adalah di paras normal (Latar Belakang).
  • Tarikh : 27.03.2011 , 10.00 pagi
  • - Data paling tinggi : 0.181 uSv/jam (Senai) - Data paling rendah : 0.029 uSv/jam (Kudat) - Range Data di Malaysia : 0.029 ~ 0.181 uSv/jam - Bacaan adalah di paras normal (Latar Belakang).
 
  KEMUDAHAN PERKHIDMATAN PENGESANAN SINARAN KE ATAS INDIVIDU

Jabatan AELB ada menyediakan perkhidmatan pengesanan sinaran ke atas individu secara percuma dari jam 8 pagi – 6 petang setiap hari di Ibu Pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila hubungi talian 1800 88 7999 atau 03-8922 5848. Lokasi AELB

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Radiasi di jepun makin tersebar jauh?

PBUY reader.. Apa lah yang akan terjadi nanti..tsunami kali ini bukan sahaja meranap kan sebahagian peta jepun tapi ditambah pula dengan keadaan loji-loji nuklier yang semakin parah..tetapi pihak akhbar ada menyatakan keadaan loji-loji tersebut semakin stabil. Apapun kita tawakkal dan redha kehendak ilahi. Apa yang terjadi adalah punca dari tangan manusia itu sendiri. Jadi terima lah apa yang dah negara jepun lakukan untuk kemajuan bangsa mereka.

Baca lah artikel dari Lembaga perlesenan tenaga atom malaysia dibawah untuk keterangan lanjut kedudukan terkini..

PRESS RELEASE
KENYATAAN AKHBAR
Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
MENGENAI KEMALANGAN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN
GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN 
25 Mac 2011, 3 petang
KEADAAN DI JEPUN

1.           Bermula 25 Mac 2011, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan hanya memberi taklimat kepada Negara-negara Anggotanya setiap dua hari  memandangkan keadaan 6 unit loji kuasa nuklear di Stesen Nuklear Fukushima Daiichi didapati semakin stabil. Dalam masa yang sama, IAEA sedang memberi tumpuan untuk menjalankan analisis yang terperinci berhubung kemalangan yang telah berlaku.
 
2.           Berdasarkan kenyataan oleh Nuclear and Industrial Safety Agency, Jepun, pada 24 Mac 2011,  seramai 97 orang dikesan mempunyai bacaan radioaktif melebihi 100,000 bilangan per minit (bpm) hasil dari saringan ke atas 75,429 orang di Wilayah Fukushima. Namun demikian, dengan menukar  pakaian yang tercemar, nilai ini telah menurun ke 100,000 bpm atau kurang dari nilai ini. Had yang ditetapkan pihak berkuasa Jepun adalah 100,000 bpm di mana nyahcemaran perlu dilakukan jika bacaan melebihi had yang ditetapkan. 
 
3.           Berdasarkan laporan dari IAEA pada 25 Mac 2011, jam 1.30 pagi waktu Malaysia, sampel air yang diambil pada beberapa lokasi sekitar 30 km dari persisiran pantai berdekatan Fukushima menunjukkan kehadiran Iodin-131 dan Cesium-137. Namun demikian, kehadiran Cesium-137 adalah di bawah had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun manakala kehadiran Iodin-131 pula melebihi had yang ditetapkan. Iodin-131 mempunyai masa separuh hayat selama 8 hari, yang bermakna selepas 8 hari, bacaan akan berkurang menjadi separuh dari nilai asal.
 
4.           Bagi tempoh sehingga 26 Mac 2011, ramalan yang dibuat oleh pusat-pusat tindak balas kecemasan persekitaran di bawah Pertubuhan Meteorologi Sedunia menggambarkan pergerakan  bahan cemar radioaktif iodin yang terlepas dari loji nuklear Fukushima untuk tempoh 48 jam dari tarikh  24 Mac 2011 adalah ke arah timur laut/timur dan juga tenggara menghala ke Lautan Pasifik. Penyebaran bahan cemar ini menunjukkan ianya meliputi kawasan utara, timur dan juga tengah Pulau Honshu. Untuk tempoh tersebut , sebarang pencemaran radioaktif iodin, jika ada, adalah di persekitaran negara Jepun dan lautan Pasifik berdekatannya.
 
TINDAKAN OLEH MOSTI DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN BERKENAAN:  

1.           MOSTI masih meneruskan pemantauan secara aktif keadaan kemalangan nuklear di Jepun dan impak kepada negara kita melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Malawakil Vienna, Wisma Putra.
 
2.           Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia masih menunjukkan paras normal. 
 
3.           Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada badan antarabangsa iaitu International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan International Air Transport Association (IATA), situasi di Jepun pada ketika ini tidak memberikan kesan kesihatan kepada individu. Walau bagaimanapun, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan keyakinan orang awam, Malaysia telah melakukan saringan ke atas penumpang-penumpang penerbangan dari Jepun di lapangan terbang antarabangsa utama. Saringan kedua (pemonitoran individu), hanya akan dilakukan jika terdapat bacaan yang melebihi kadar yang dibenarkan (0.5 mikro Sievert per jam). 
 
4.           Pada masa yang sama, tiada sebarang pengesanan dikesan sehingga hari ini oleh sistem Pemonitoran Portal (Radiation Portal Monitors – RPMs) yang sememangnya telahpun dipasang di KLIA sejak 2009.

5.           Namun demikian, mana-mana penumpang yang ingin mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran radioaktif lebih lanjut bolehlah memohon kepada pegawai AELB yang sedang bertugas di KLIA, KKIA dan LCCT. 
 
6.           Sehingga kini pemantauan telah dilakukan terhadap 46 penerbangan dari Jepun ke Malaysia ke atas penumpang-penumpang dan anak kapal. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.
 
7.           Sehingga kini seramai 28 individu telah datang ke AELB dan Agensi Nuklear Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.
 
8.           Dari segi keselamatan makanan, merujuk kepada laporan akhbar pada 24 dan 25 Mac 2011, beberapa negara seperti Singapura, Amerika Syarikat, Australia, Kanada, dan Rusia telah mengharamkan pengimportan makanan dari beberapa wilayah yang tercemar dengan radioaktif di Jepun. Sehubungan itu, mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKM akan terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengekalkan Pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas di bawah Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) di pintu-pintu masuk terhadap semua produk makanan dari Jepun. Tindakan ini telah dilaksanakan dari peringkat awal lagi sejak berlakunya letupan reaktor nuklear yang berlaku di Jepun.Produk makanan tersebut hanya akan dilepaskan untuk dijual dalam negara sekiranya mematuhi tahap bahan radioaktif yang dibenarkan.
 
9.           Sehingga kini, sebanyak 27 sampel telah dianalisis dan didapati kesemuanya mematuhi tahap kandungan bahan radioaktif yang dibenarkan.
 
10.       Oleh itu, pengguna tidak perlu bimbang dengan makanan yang dijual di pasaran dan yang diimport. KKM akan sentiasa memantau keselamatan produk makanan dari masa ke semasa termasuk produk makanan yang diimport dari negara Jepun.
 
11.       MOSTI menasihatkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak bimbang dan tidak mempercayai khabar-khabar angin dari sumber yang tidak berasas.   

12.     Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah dirujuk kepada Pusat Maklumat 
Radiologi AELB melalui talian Hotline AELB 1 800 88 7999 



13.     Maklumat teknikal boleh diperolehi di laman web;  
a)     Laman Web IAEA (www.iaea.org)
b)     Laman Web MOSTI (www.mosti.gov.my)
d)     Laman Web Nuklear Malaysia (www.nuclearmalaysia.gov.my)
e)     Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my)
f)      Laman Web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (http://fsq.moh.gov.my)

life priced,do not fight,peace no war
Read more ...

Sejarah Gempa bumi terhebat

 Tarikh
Kawasan
Kekuatan (skala Richter)
Ulasan
11 Mac 2011
Sendai-Jepun
8.9 9.0
Gempa bumi tektonik disertai Tsunami mangakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun termasuk Tokyo mengalami rosak teruk dan paling ngeri dalam 140 Tahun.
13 Sep 2007
Sei-Penuh Jambi
7.7
Gempa bumi tektonik Ratusan Rumah penduduk rusak ringan sampai berat 4 orang tewas.
12 Sep 2007
Bengkulu
7.9
Gempa bumi tektonik 13 orang tewas dan sempat terjadi tsunami kecil
27 Mei 2006
Yogyakarta
6.2
Gempa bumi tektonik selama 57 saat yang meragut lebih dari 6500 nyawa.
26 Dis 2004
Aceh
8.9
Disertai oleh tsunami, ini merupakan gempa bumi yang paling kuat dalam dekad itu.
26 Dis 2003
Bam (Iran), barat daya Iran
6.5
Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
21 Mei 2002
utara Afghanistan
5.8
Menyebabkan lebih 1,000 orang mati.
26 Jan 2001
India
7.9
Menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada meletakkan angka korban seramai 13,000 orang.
21 Sep 1999
Taiwan
7.6
Menyebabkan 2,400 maut.
17 Ogo 1999
barat Turki
7.4
Meragut 17,000 nyawa.
25 Jan 1999
barat Colombia
6.0
Meragut 1,171 nyawa.
30 Mei 1998
utara Afghanistan dan Tajikistan
6.9
Menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh.
17 Jan 1995
Kobe, Jepun
7.2
Meragut 6,000 nyawa.
30 Sep 1993
Latur, India
6.0
Menyebabkan seramai 1,000 mati.
21 Jun 1990
barat laut Iran
7.3
Meragut 50,000 nyawa.
17 Dis 1988
barat laut Armenia
6.9
Menyebabkan 25,000 maut.
19 Sep 1985
Mexico Tengah
8.1
Meragut lebih 9,500 nyawa.
16 Sep 1978
timur laut Iran
7.7
Menyebabkan 25,000 maut.
28 Jul 1976
Tangshan, China
7.8
Menyebabkan 240,000 orang terbunuh.
4 Feb 1976
Guatemala
7.5
Menyebabkan 22,778 terbunuh.
29 Feb 1960
barat daya pesisiran pantai Atlantik di Maghribi
5.7
Menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan keseluruhan bandar Agadir.
26 Dis 1939
Wilayah Erzincan, Turki
7.9
Menyebabkan 33,000 orang maut.
24 Jan 1939
Chillan, Chile
8.3
Menyebabkan 28,000 maut.
31 Mei 1935
Quetta, India
7.5
Meragut 50,000 nyawa.
1 Sep 1923
Yokohama, Jepun
8.3
Meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa.

Sumber : Azzociated Press
Read more ...

Tsunami di Jepun

Tsunami melanda Utara Jepun  pada 10 MAC 2011 hari jumaat lebih kurang jam 1.46 sewaktu dengan ketika kita solat jumaat..gegaran 8.9 scala ritcher dibawah laut..kematian setakat ini 300 org..

ADAKAH INI TANDA-TANDA HARI KIAMAT?







Sememangnya ada hadis daripada Rasulullah SAW, yang mengaitkan hari kiamat dengan hari Jumaat. Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya “al-Muwatta” bahawa Rasulullah SAW bersabda (Maksudnya) ;
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.

Satu hadis lain, daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda (yang bererti )  

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).

Lihat lah kemusnahan yang mengambil masa yang singkat saje 
Read more ...

F 16 : ( Israel Jahanam : (

Semalaman Israel meneruskan serangan udara melalui pagi Rabu, mensasarkan beberapa kawasan Semenanjung Gaza dan membunuh seorang lelaki berhampiran Khan Younis.

Muhammad Jameel al-Najar, 25, telah terbunuh dlm satu serangan misil dari jet pejuang F-16 ketika dia menunggang motosikalnya dalam Gaza selatan. Reuters melaporkan al-Najar merupakan sebahagian kumpulan militan Jihad Islam ( ALLAH MAHA BESAR !! )

Saksi-saksi tempatan kata yang F-16 bedilan bermula dalam kawasan kejiranan Zeitoun Gaza City pada malam Selasa, membawa kepada “kerosakan-kerosakan yg besar” di kawasan itu tetapi tiada kecederaan. Kawasan lain ditimpa serangan udara Israel ialah al-Meghraqeh, Khan Younes , dan kem pelarian al-Nusayran di tengah Gaza City.

Nak baca selanjutnya di sini
Read more ...

Serangan Udara : ( Gaza : (

Sumber-sumber tempatan kata dua peluru berpandu di halakan ke kawasan timur Khan Yunis dan tiga lagi di Gaza City. Tiada kecederaan dilaporkan. ( WALAAHAULAWALAA QUWATAILLAA BILLAH )

Menurut sumber berita Israel Ha'aretz, tentera Israel menyasarkan serangan ke “tempat-tempat pengganas ( OUR's BROTHERS )” yang digunakan untuk latihan tentera2 fisabilillah dan pelancaran roket. Serangan udara itu juga adalah satu tindakan pembalasan untuk satu peluru mortar yang ditembak dari Gaza pada hari Sabtu lalu, yang melukakan tiga pekerja-pekerja Thai Kibbutz .

Dalam berita berkaitan, lima pekerja-pekerja Palestin tercedera, tiga org kritikal, apabila satu letupan di dalam sebuah terowong berlaku Ahad lewat malam . Punca letupan masih tidak diketahui, tetapi Pihak Berkuasa Palestin (PA) sedang menyiasat.

Sekitar the West Bank pada hari Ahad dan Isnin lalu, tiga rakyat Palestin telah ditahan oleh pasukan Israel di Hebron dan pintu masuk utara utama bandar raya ditutup secara mendadak dan askar Israel menyerbu sebuah kampung di barat Jenin, dalam Tebing Barat utara, tetapi tiada penangkapan dibuat.
Read more ...

Khabar : ( Palestine hari ini : (

Bangsa yg seangkatan dgn Yakjuj Makjuj

Jentolak Israel memulakan perobohan Shepherd Hotel dalam kawasan kejiranan Sheikh Jarrah penduduk Palestin Timur Jerusalem pada pagi Isnin  untuk membuat bilik bagi satu penyelesaian kepada BANGSA Israel, tindakan ini membangkitkan bantahan keras dari European Union and the United States. Shepherd Hotel, dibina 1930s, adalah sebagai sebahagian daripada tempat bersejarah, yang mana rakyat Palestin mendakwa sebagai satu pendapatan bagi negara palestine pd masa depan.
Read more ...