Memaparkan catatan dengan label Photography. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Photography. Papar semua catatan

Penerangan simple untuk Apperture

Apa itu f atau f-stop nie
Dalam photography.. f atau f stop adalah rujukan pada bukaan apature pada sesuatu lens. Biasanya ia disebut dalam bentuk f/1.4.. f/1.8.. dan seterusnya. Lagi kecil nombor f stop tu.. lagi besar bukaan apature pada lens tersebut.. bergitu juga sebaliknya.. So f/1.4 mempunyai bukaan lebih besar dari f/1.8..

sini ada terang lagi lebar



Mana datang nilai f atau f-stop nie..
nilai f ni ialah nisbah focal length kepada diameter bukaan apature pada sesuatu lens.. Ambil contoh yang mudah dan kasar untuk memudahkan pemahaman .. katalah kita ada lens 50mm.. so apa jadi kalau kita set apature pada nilai f/1.4 dan f/8?

so.. sikit lebih kurang..

pada f/1.4... 50 x 1/1.4 = 35
pada f/8......50 x 1/8 = 6.25
nilai 35 adalah lebih besar dari 6.25 kan.. so bukaan diameter apature pada f/1.4 adalah lebih besar dari f/8.
Bergitulah seterusnya pada nilai f yang berikutnya
Dengan sebab ini juga lah.. kita akan lihat.. bukaan apature sesuatu lens tak sama walaupun nilai apature dia sama.. Maksud saya, bukaan apature f/1.4 pada 50mm lens tak sama dengan bukaan apature f/1.4 pada 85mm lens.. walaupun kedua2 lens mempunyai apature f/1.4.. sebab focal length dia berbeza.




Kegunaan atau kepentingan f-stop

Pertama... f-stop atau bukaan apature ni ialah untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk kedalam camera kita ketika merakamkan sesuatu gambar. Lebuh besar bukaan apature, lebih banyak cahaya yang masuk.. bergitu juga sebaliknya..

Kedua.. untuk megawal DOF. Salah satu faktor untuk mengawal DOF ialah dengan menggunakan apature setting ni. Lagi besar bukaan apature, lagi tipis DOF kita.. dan bergitu juga sebaliknya..

Ketiga.. berkaitan kepada faktor2 lain yang ada pada sesuatu lens.. seperti sharpness atau MTF (resolution), CA, Vignetting dan maybe perkara2 'kecil' yang kita tak perasan atau tak amil kira seperti Longitudinal Chromatic Aberrations (LoCA) dan Purple Fringing.. yang hanya ada pada sesetengah lens tertentu sahaja.
Apa yang saya perhatikan.. biasanya perkara ketiga nie jarang diperbincangkan kalau kita bercakap pasal apature.. Hanya DOF dan low light photography sahaja yang biasanya dikaitkan kalau kita berbincang pasal apature.





Berbalik pada persoalan asal thread nie.. camna nak sesuaikan f dgn keadaan.. So apa nilai f yang sesuai?
Bergantung pada banyak faktor.. dan keadaan masa tu.. dan macam mana kita nak gambar kita jadi.. So susah nak jawap dengan 'tepat' disini.. cuma saya rasa saya cuma boleh bantu bagi guidline sahaja..

Untuk kebanyakan jenis shot, jika keadaan mengizinkan..biasanya saya akan tetapkan pada f/4 hingga max f/8. Sebab pada nilai apature ni, kita dapat optimise kan perkara ketiga seperti yang saya terangkan di atas tu. Iaitu most lens akan perform the best sekitar f/4 to f/8.. most sharp, less vignetting dan maybe in some lens, less CA and LoCA and Purple Fringing.. pada nilai apature tersebut. Ini ialah perkara yang paling penting bagi saya pada bila2 masa dan keadaan pun. Kita kena tau equipment kita eg. lens kita.. pada keadaan mana atau seting mana ia akan perform the best.
Kalau shoot pada low light eg. night shot, maybe need to consider guna widest apature mana yang lens kita ada masa tu untuk lebih banyak cahaya masuk..

Kalau shoot landscape, maybe apature tinggi sikit.. eg f/8 ke, untuk DOF yang lebih deep atau patut guna teknik hyperfocal focusing teknik untuk DOF yang luas.

Kalau shoot macro.. perlu apature yang lebih kecil.. maybe lebih dari f/8.. ada yang sampai f/16 pun ada, untuk DOF yang lebih..

Kalau portrait, maybe guna widest apature untuk DOF yang shallow so dapat asingkan subject dengan background and foreground..
Untuk 'fast shot' eg sport.. maybe consider apature besar sekali.. sebab masa nie kita akan guna 'fastest' speed.. so wide apature akan membantu menambah lagi cahaya yang masuk dan seterusnya mengurangkan risk gambar underexpose..next entry akan dimuatkan nota ringkas shutter speed plak...susah ngaji kamera nih..


Bergitulah sedikit sebanyak apa yang saya tau pasal apature nie..
Harap ia dapat membantu..
Kalau salah, sila betulkan.. kalau kurang sila tambah..

life priced,do not fight,peace no war
--dari malek@fotomedia---

Read more ...

Apa itu ISO/Apperture/Shutter Speed

PBUY reader...Entry kali ini adalah untuk yang baru berjinak dengan seni photography , Imej dalam fotografi digital dihasilkan oleh sensor, dan ini bergantung pada pencahayaan yg tepat. pencahayaan kita kira pada 3

1. underexposed = kurang cahaya
2. cahaya cukup
3. over exposed = lebih cahaya

konsep ni mula2 mungkin susah nak faham sebab saban hari kita hidup dgn mata manusia yg mempunyai auto-exposure paling canggih. kalau nak experience underexpose, cuba masuk bilik gelap tiba2. nak over expose lak, pejam mata 5 minit dan tengok tempat cerah. dalam dua2 kes ni, anda akan merasakan exposure x tepat untuk beberapa saat sebelum iris mata tu calibrate semula.

3 benda yg kita boleh kawal untuk dapatkan cahaya cukup ialah ISO, apperture dan shutter speed.

apperture ialah nisbah luas bukaan lens berbanding jarak fokus. kalau apperture luas, banyak la cahaya masuk.

shutter speed ialah tempoh shutter tu didedah. kalau dedah lama, banyak la cahaya masuk.

ISO ialah sensitiviti sensor. kalau tingkatkan sensitiviti, banyak la cahaya yg dirakam.

selain mengawal jumlah cahaya yg masuk ke sensor, ketiga2 ni juga mengawal beberapa aspek lain. tu pasal kita kawal 3 benda agar bukan sahaja gambar tu cukup cahaya tapi memberikan effect yg dikehendaki. contohnya kalau shutter slow, gambar boleh jadi blur. kalau ISO tinggi, akan menampakkan noise (bintik2). mendapatkan nilai terbaik dalam keadaan pencahayaan yg x menentu adalah cabaran untuk jurufoto. 

Life priced,Do not fight,Peace no war
Read more ...